,
Laman Utama

Maksud Di Sebalik Watak Legend Disney & Pixar, Mana Satu Anda? Simba, Woody, Olaf Atau….

Hanafis Haris
20/05/2021
05:12 MYT

Sebut saja karakter Disney atau Pixar, pasti ramai yang bakal ‘throwback’ mengimbau kembali dunia animasi ketika zaman kanak-lanak.

Siapa boleh lupa karakter dalam filem The Lion King, Toy Story, The Incredibles mahupun Frozen.

Semuanya ada kekuatan masing-masing. Namun tahukah anda setiap karakter itu mempunyai maksud dan wataknya tersendiri.

Persoalannya, adakah karakter-karakter ini menggambarkan diri anda?

#1 Simba

Watak ini mungkin nampak comel, namun perjalanan Simba penuh dengan cabaran.

Bagi yang menjadikan Simba sebagai watak kegemaran, anda mungkin telah menempuh pelbagai cabaran dalam kehidupan.

Mungkin zaman kanak-kanak anda tidak seindah yang dijangka, namun lihatlah anda sekarang!

Dikelilingi oleh orang tersayang, berjaya dalam pengajian dan mendapat pekerjaan dengan baik.

Anda juga bertuah kerana dianugarahkan dua rakan baik sehidup semati yang ada ketika susah dan senang!

#2 Woody

Tidak boleh disangkal lagi, anda dilahirkan sebagai pemimpin.

Namun masalah perlu diselesaikan sekarang adalah kewujudan individu tertentu yang mungkin tidak sependapat.

Mudah saja, paling utama anda perlu lah luahkan apa yang terbuku dan berbincang. Ini kerana 90 peratus pertikaian yang berlaku boleh diselesaikan dengan perbincangan.

Jangan bimbang jika berdepan masalah, anda mempunyai ramai rakan dan keluarga yang sentiasa memberi sokongan!Adakah anda seperti Woody?

#3 Edna

Jika karakter ini yang diminati, anda mungkin seorang yang unik.

Tidak ramai yang akan faham diri anda sebenar, namun jika mereka tahu apa yang bermain dalam fikiran, pasti mereka akan kagum!

Tahap kreativiti anda menjadi inspirasi buat semua.

Yup anda bukanlah seorang yang bagus dalam berkomunikasi, tapi tunggu hingga mereka mengenali Edna yang sebenar! Confirm jatuh cinta!

#4 Olaf

Anda mungkin suka berterus terang dan agak ‘straight foward’.

Adakalanya sering keliru atau memilih jalan yang susah.Namun, ketekunan dan kekuatan untuk melihat sisi positif dan terus berjuang menjadikan ramai kagum.

Ada yang datang kepada anda ketika mereka gembira, tidak kurang juga hadir ketika saat sedih. Anda ada ketika susah senang mereka, mendengar keluhan rakan-rakan.

Kehadiran anda cukup bermakna buat mereka! Tahniah Olaf!

Jadi, dalam keempat-empat karakter ini, yang mana satu watak kegemaran? Adakah watak ini menggamit memori kanak-kanak?

Apapun jangan lupa hilangkan rindu dengan menonton kesemua filem hebat Disney dan Pixar dengan melanggan Disney+ Hotstar Malaysia menerusi Astro Movie Pack sekarang.

Daftar sekarang dan bermula 1 Jun ini, kesemua karya hebat ini akan tersedia di ‘pawagam’ rumah anda.

Mudah saja, pelanggan hanya perlu daftar menggunakan Astro ID menerusi tiga langkah ini.

Ketahui lebih lanjut mengenai tawaran ini di www.astro.com.my/Disney.

Jika belum mempunyai Astro ID, anda boleh daftar di sini, https://astro.com.my/AstroID

Untuk makluman, Disney+ Hotstar adalah destinasi penstriman untuk kandungan global dan Malaysia.

Ia menyatukan filem-filem pecah panggung Hollywood dan kandungan yang memenangi anugerah dari Disney, Marvel, Star Wars, Pixar, National Geographic, FX, 20th Century Studios dan banyak lagi.

Pada masa sama ia juga merangkumi tayangan perdana eksklusif dan tayangan pecah panggung dari studio terkemuka di Malaysia.

Disney+ Hotstar menawarkan kandungan bebas komersil dengan pelbagai filem asli panjang, siri aksi langsung dan animasi, kandungan format pendek dan dokumentari, termasuk siri seperti The Mandalorian, WandaVision dan The Falcon and The Winter Soldier dan filem-filem seperti Avengers: Endgame, Aladdin dan Frozen 2.

Disney+ Hotstar juga akan menampilkan simpanan kandungan yang luas untuk penerbitan pawagam Malaysia yang memenangi anugerah, dan kandungan hebat tempatan seperti J2: J Retribusi, Zombitopia, Ada Hantu, Ejen Ali, Upin & Ipin dan banyak lagi.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Filem

Baik Punya Ah Long: Chew Kin Wah Syukur Ditawarkan ‘Job’ Sewaktu Pandemik - “Shoot Filem Ini Bukan Mudah..”

gempak
18/09/2024
12:25 MYT
Umum mengetahui, sewaktu pandemik, para pemain industri seni hiburan tempatan tidak kira sama ada pelakon, penyanyi, pengarah sehinggalah kru belakang tabir ‘diharamkan’ bekerja mencari rezeki.
Hiburan

Ulul Azmi Lagu Nasyid Berdurasi 10 Minit, AWLA Bekerjasama Dengan Jenny Chin - "Muzik Ala Disney, Ada Sentuhan Timur Tengah"

gempak
17/09/2024
20:21 MYT
Kumpulan nasyid AWLA tampil dengan single terbaharu berjudul Ulul Azmi dengan durasi hampir 10 minit!
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Pertarungan Sengit 10 Finalis, Elemen Kejutan Jadi Tumpuan… Ini Ramalan Siapa Yang Bakal Bergelar Juara

gempak
15/09/2024
06:55 MYT
Debaran semakin kencang! Pentas akhir Gimme The Mic Malaysia bakal berlangsung malam ini dengan menyaksikan 10 finalis bakal berentap menjadi yang terbaik.
Filem

Sambutan Padu, Baik Punya Ah Long Raih 1 Juta Selepas Tiga Hari Tayangan!

gempak
15/09/2024
05:55 MYT
Filem muzikal komedi, Baik Punya Ah Long membuka tirai pawagam dengan permulaan yang baik dengan meraih kutipan RM1 juta selepas tiga hari tayangan rasmi.
Filem

Wajib Tonton! JoZan Buat Comeback Menerusi Baik Punya Ah Long

gempak
11/09/2024
13:35 MYT
Dua tahun lalu raja duo komedi Malaysia, JOZAN iaitu gandingan Zizan Razak dan Johan telah menggegarkan pawagam seluruh tanah air menerusi filem pecah panggung, dan kini mereka kembali menggeletek penonton menerusi filem komedi terbaru, Baik Punya Ah-Long.