Laman Utama
Makin Seksi, Nadia Brian Akui Dapat Gangguan Seksual Di Media Sosial - "Ini Diri Saya, Doakanlah Yang Baik-Baik"
Pelakon dan usahawan cantik, Nadia Brian tidak melatah dengan pandangan segelintir pihak menyifatkan dirinya semakin seksi selepas bercerai.
Malah, Nadia, 32, berlapang dada dengan komen negatif yang dilemparkan terhadapnya namun pada masa sama berharap agar netizen mendoakan yang baik-baik berbanding menulis komen negatif.
"Terima kasih kepada yang mendoakan, sudah tentu saya mahu menjadi lebih baik.
"Soal seksi, ini diri saya dan sudah pasti saya nak berubah ke arah lebih baik. Apapun, doakan yang terbaik, saya tak ada niat jahat, tidak sakitkan hati sesiapa.
"Sebagai manusia, kita doakan baik-baik berbanding kutuk-mengutuk," katanya kepada Gempak ketika ditemui pada majlis pelancaran butik M Store Lab di Lalaport, Kuala Lumpur pada Selasa.
BACA: Dianggap ‘High Maintenance’ Punca Lelaki Sukar Dekati, Ini Jawapan Nadia Brian - “Saya Bukan Sejenis Yang Hanya…
Susulan daripada imej terkininya, Nadia akui ada mendapat kiriman mesej dan komen-komen berbaur gangguan seksual daripada warganet.
"Saya ada tengok beberapa selebriti yang bertindak ke atas netizen yang celupar dan saya puji ia satu tindakan yang bagus. Selagi tidak melampau, kita okey sajalah.
"Tapi masih ada juga komen yang melampau di media sosial saya, ada yang celupar tapi selalunya ia milik akaun palsu.
"Alhamdulillah kontroversi lama orang sudah semakin lupakan tapi kebanyakan netizen yang celupar itu menjurus ke arah gangguan seksual.
"Zaman sekarang, ramai artis dan selebriti mendapat gangguan seksual, bukan sahaja perempuan tapi juga lelaki. Cumanya bagi saya malas nak ambil peduli," tambahnya yang bakal muncul dengan drama bersiri Barista Misi Terpaling Sulit bergandingan bersama Sherry Alhadad dan Kamal Adli.
Must-Watch Video