,
Laman Utama

Makin Menyengat! Sepak Takraw League 2020 Perkenal Jersi Baru Daripada...

Hanafis Haris
29/08/2020
13:57 MYT

Kesemua 10 pasukan yang akan bersaing pada Sepak Takraw League (STL 2020) musim ini akan menyarung jersi tajaan dan rekaan daripada jenama sukan terkenal Li-Ning.

Menurut Ketua Bahagian Sukan Astro, Lee Choong Khay, kerjasama ini susulan daripada komitmet berterusan Li-Ning sebagai penaja pakaian rasmi STL 2020.

“Sokongan mereka bukan hanya sekadar menjadi rakan penaja, tetapi telah bersama-sama membantu dalam pembangunan dan kemajuan sepak takraw negara.

“Dengan rekaan baru jersi ini, diharap semua peminat akan terus menyokong pasukan pihan mereka dalam STL nanti.” katanya.

Beliau berkata demikian ketika majlis pelancaran jersi baharu musim 2020 di Li-Ning, Sunway Velocity Mall, Kuala Lumpur, semalam.

Sementara itu, pengurus Penjenamaan Li-Ning, Teah Yann Ling berkata, selepas melihat potensi yang ada di STL, mereka yakin untuk meneruskan lagi komitmen selepas tajaan pertama pada 2019 lalu.

“Kami melihat sukan sepak takraw sebagai sukan yang unik dan sentiasa mendapat tempat di hati masyarakat.

“Suntikan STL juga telah menghangatkan lagi pengaruh sukan ini serta mempunyai potensi cerah menjadi permainan yang diminati ramai di seluruh dunia.”

Untuk makluman, jersi baru STL tahun ini tampil dengan rekaan menarik dan kualiti material yang lebih baik selain teknologi pembuatan yang ringan untuk keselesaan pemain.

Jersi ini didatangi dengan dua rekaan, jersi tuan rumah dan tempat lawan.

Semua peminat STL boleh mendapatkan jersi pilihan masing-masing di gedung-gedung Li-Ning yang berdaftar atau secara online di www.Li-Ning.my, www.sportsclick.my, Shopee dan juga Lazada.

Semua peminat sepak takraw boleh menyaksikan STL Divisyen 1 bermula 8 Setember 2020 di platform digital Astro Arena dan pelancaran STL pula bermula September nanti.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Lebih Variasi & HD! Peminat Sukan Dah Boleh Layan Astro Arena 2 Bermula Hari Ini!

gempak
01/10/2021
09:09 MYT
Menarik ni nak layan!
Laman Utama

Pamer Aksi & Cabaran Dunia Sepak Takraw, Drama Kita Regu Bakal Muncul Di Astro Arena! Turut Menampilkan ‘The Killer’

gempak
10/09/2021
11:12 MYT
Jangan lupa tonton!