,
Laman Utama

“Makian Terhadap Anak Guam Saya Lebih 8 Minit...” - Peguam Perjelas Tindakan Undang-Undang Terhadap Eira Azira

Fiza Kamarudin
16/09/2020
22:46 MYT
Laporan polis dan tindakan undang-undang yang diambil susulan wanita mendakwa dihina personaliti media sosial (influencer) terhadap bentuk fizikalnya menerusi Facebook (FB) secara langsung bertujuan memberi pengajaran.
Peguam bagi pihak Suharnizan Md Sidek, iaitu Mohd Rasheed Hassan berkata, walaupun terdapat permohonan maaf yang dibuat 'influencer' itu, namun isu 'body shaming' boleh didakwa mengikut Seksyen 233 (1)(b) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
"Perkara ini perlu dijadikan pengajaran terutama kepada sesiapa saja di media sosial yang melakukannya.
“Jangan selamba cakap, perlu berfikir dulu sebelum mengatakan sesuatu di laman sosial sebab undang-undang itu ada. Perkara ini memberi kesan kepada mangsa.
"Memang nampak dia ada buat permohonan maaf melalui FB, tapi saya rasa makian yang dibuat pada klien saya adalah lebih lapan minit.
“Kalau dia nak minta maaf, kita akan sediakan skripnya termasuk pengakuan tidak akan buat lagi, tidak akan mengatakan benda negatif terhadap klien kami, tuntutan ganti rugi dan sebagainya.
"Kalau perkara itu boleh dipersetujui atau 'make an offer' untuk kita selesaikan luar mahkamah.
“Tapi kalau dia senyap, kita boleh cari dia atau kalau tidak, kita terpaksa berjumpa di mahkamah," katanya.
Mohd Rasheed berkata, pada masa sama, pihaknya meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil tindakan sewajarnya.
"Terdapat juga akaun FB palsu yang tiada authorized dari pihak Suharniza. Saya takut ada orang mengaut keuntungan atas kesedihan anak guam saya," katanya.
Terdahulu, Suharnizan yang juga Pesuruhjaya Sumpah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan, semalam, susulan video tular isu 'body shaming' yang menerusi FB secara langsung dari seorang personaliti media sosial.
Insiden berlaku pada 18 Ogos lalu kira-kira jam 10 pagi, dipercayai bermula apabila dia menulis komen 'live masak, live makan-makan, letak produk kurus, boleh kurus ke?' menerusi video secara 'live' yang dikongsikan rakannya di FB.
Kemudiannya, personaliti terbabit mengeluarkan kata-kata kesat termasuk memaparkan gambar dan anaknya tanpa pengetahuan serta kebenaran selepas dia meninggalkan komen di ruangan komen personaliti terbabit di media sosial.
Pada 14 September, pihak Suharnizan dimaklumkan terdapat satu paparan video yang dimuatnaik dan dikongsikan di media sosial oleh pentadbir laman FB yang menggunakan nama 'Makcik Bawang Channel' dan 'Makcik Kiah Channel' dengan kandungan video selama lapan minit memaparkan antara lain menghina rupa fizikalnya sehingga tular mencapai ribuan pautan serta komen.
Sumber: Harian Metro
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Sean Diddy Tawar RM200 Juta & Rumah Lepas Jenayah Seks, Mahkamah Tetap Hantar Ke Penjara

gempak
19/09/2024
15:13 MYT
Mahkamah Persekutuan di Amerika Syarikat menolak Sean Diddy Combs diikat jamin meski rapper tersebut sanggup membayar sejumlah nilai yang besar agar dibebaskan.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Berita

Kes Zayn Rayyan: Nama Kekal Dalam Kertas Pertuduhan

gempak
18/09/2024
04:43 MYT
Nama Zayn Rayyan Abdul Matiin dikekalkan dalam kertas pertuduhan yang dihadapi ibu bapa kanak-kanak autistik itu.
Berita

Bicara Kes Zayn Rayyan: Mahkamah PJ Kembali Jadi Tumpuan

gempak
18/09/2024
02:25 MYT
Mahkamah Majistret Petaling Jaya kembali menjadi tumpuan petugas media bagi liputan perbicaraan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin, pada Rabu.
Berita

"Kira Duit Siap-Siap, Keluarga 'Abang Bas' Mahu Ambil Tindakan" - Peguam

gempak
17/09/2024
08:25 MYT
Keluarga 'Abang Bas' mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap individu, termasuk selebriti yang didakwa menimbulkan syak wasangka serta kecaman terhadap lelaki itu sepanjang ditahan polis akibat dituduh di mahkamah.