,
Laman Utama

Mak Bukan Maid! Normala Samsudin Pesan Anak Perantau Jangan Berat Tulang Bila Balik Kampung - "Kalau Rasa Nak Melawa, Tak Reti Sinsing Lengan Baju ..."

Amri Hassan
29/04/2023
05:50 MYT
Aidilfitri amat sinonim dengan tradisi balik kampung dan bertemu sanak-saudara. Malah, keseronokan pulang ke kampung menziarahi keluarga serta meluangkan masa bersama yang tersayang juga menjadi salah satu amalan wajib ketika lebaran.
Namun, seperkara yang harus sama-sama fikirkan sejenak tentang ironinya pulang ke kampung dan tinggal di rumah orang tua. Tentang adab dan empati.
Ibarat perkongsian dari bekas pengacara popular Normala Samsudin sendiri, beliau sempat berpesan kepada anak perantau yang pulang ke kampung agar sentiasa menyantuni orang tua terutama ibu masing-masing.
Pesan Normala, ibu bukan orang gaji untuk melakukan kerja rumah ketika hari raya.
"Sebab ini lumrah tiap kali beraya dan beramai-ramai. Jangan tinggalkan lampin pakai buang anak-anak kita di rumah mak kita, bungkus plastik bawa balik.
"Mak kita tak da ‘maid’ nak tolong buangkan. Dan yang buat kerja tu semua mak-mak saudara yang makin menua dan menjaga mak atau nenek kita," coretnya di Instagram.
Malah, Normala berpesan agar anak-anak sentiasa ringan tulang untuk bersama-sama menjaga dan membersihkan rumah kampung yang adakalanya akan bersepah ketika musim perayaan.
"Kalau agak lama sangat kita nak balik belikan segala keperluan dapur dan masak sendiri, sebab mak kita bukan tukang masak.
"Bersihkanlah lantai dapur yang dah berkecah berminyak berkeladak sejak sebelum raya lagi, rajin-rajinlah korang pegang mop dan cuci lantai sebelum balik, sebab mak atau nenek korang dah tak larat dah nak buat benda ni semua.
"Nak peringat sangat-sangat sebab kak long ni, dah biasa dengan kerenah ni dan macam serupa je satu Malaysia ni punya perangai.
"Harap maklum adik-adik dan anak-anak satu Malaysia ni. Janganlah suka susahkan mak, kakak, adik dan anak-anak saudara.
"Kalau pakai baju raya nak melawa saja dan tak reti senseng lengan turun dapur basuh pinggan itu bukan calon menantu yang baik, pesanan penaja!" tambahnya.
Normala turut mengulang siar hantaran yang dimuatnaik oleh pendakwah bebas Ustazah Asma Harun tentang adab apabila pulang beraya di kampung tercinta.
Elakkan membanding-banding, pergaulan bebas, sikap malas, perasaan hasad dengki dan tidak membiar anak-anak meminta dan mengira duit raya di hadapan orang.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Keluang Man

Calon Wonda Coffee Keluang Man Of The Month: Lee Weng Foong Buka Jalan Alternatif Orang Balik Kampung, Netizen Tersentuh

gempak
30/05/2024
13:50 MYT
Kemuliaan hati individu berbangsa Cina bernama Lee Weng Foong yang berusia 52 tahun ternyata membuatkan netizen terharu.
Viral

“Speed Dating Budaya Baru Yang Merisaukan!” - Ustazah Asma’ Harun

gempak
25/05/2024
01:55 MYT
Penceramah bebas, Ustazah Asma’ Harun memberi pandangan tentang isu mencari jodoh melalui cara ‘speed dating’ yang tular di media sosial baru-baru ini.
Viral

Jutawan Tudung Tak Lokek Beri Duit Raya RM10,000 Pada Mak, Siap Kira Depan-Depan: “Sampul Raya Paling Buruk Sekali Bagi…”

gempak
12/04/2024
03:30 MYT
Semoga dimurahkan rezeki sentiasa.
Terkini

Pelajar-Pelajar UPNM Ini Naik Pesawat TUDM Balik Sabah Sambut Hari Raya

gempak
04/04/2024
01:55 MYT
Menerusi platform TikTok, pelajar-pelajar ini merakam momen-momen istimewa itu untuk dikongsikan dengan wargamaya.
Viral

Pasangan Suami Isteri Ini Dah 5 Tahun Balik Raya Asing-Asing - “Takda Gaduh-Gaduh”

gempak
27/03/2024
07:55 MYT
Seorang lelaki mendedahkan yang sepanjang mendirikan rumah tangga selama lima tahun, mereka sentiasa pulang ke kampung halaman masing-masing secara berasingan.