Berita
Majlis Santapan Diraja Mendapat Sentuhan Tunku Azizah, Ini 5 Antara Perkara Menarik Mengenai Istiadat Pertabalan Agong Ke-16
Istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bakal berlangsung dengan penuh bersejarah di Istana Negara pada 30 Julai ini.
Istiadat ini merupakan istiadat tertinggi di dalam negara dan ia melibatkan keberangkatan semua Duli Yang Maha Mulia Raja-raja serta kehadiran Yang di-Pertua Negeri-Negeri serta pemimpin Kerajaan Persekutuan dan negeri.
Sempena dengan istiadat tersebut, 30 Julai 2019 diisytihar sebagai Hari Kelepasan Am Tambahan bagi seluruh negara sempena Hari Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Sempena Istiadat Pertabalan Agong, ini 5 perkara menarik yang anda perlu tahu!
- Enam Acara Sempena Istiadat Pertabalan Agong
Acara dimulakan dengan majlis bacaan Yasin, doa selamat dan solat hajat pada Khamis lalu di Masjid Negara, Istiadat Pertabalan pada 30 Julai di Balairung Seri Istana Negara dan diikuti Majlis Santapan Diraja keesokan harinya di Dewan Santapan Utama Istana Negara.
Tiga lagi acara lain ialah Lawatan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ke Hospital Rehabilitasi Cheras (1 Ogos), Pameran Raja Kita di Muzium Diraja di sini (5 Ogos hingga 5 November) serta Khutbah Khas dan solat Jumaat di Masjid Putra, Putrajaya pada 2 Ogos.
- Kehadiran Tetamu Kenamaan
Dua tetamu diraja lain yang telah mengesahkan kehadiran ialah Putera Mahkota Jordan, Ali Al-Hussein; dan Putera Mahkota Abu Dhabi, Sheikh Mohamed Zayed Al-Nahyan.
- Majlis Santapan Diraja Mendapat Sentuhan Raja Permaisuri Agong
Menu tersebut boleh dikatakan ‘personal touch’ Tunku Permaisuri sendiri. Tetamu dijemput patut berasa bertuah kerana dapat merasa sendiri air tangan Raja Permaisuri Agong.
- Bukan Pengalaman Pertama
- Sultan Abdullah & Tunku Azizah Aktif Suntik Idea
Banyak perkara seperti rekaan kad jemputan, cenderahati dan buku program selain pemilihan pakaian seperti songket dan tengkolok pegawai istiadat ditentukan oleh Seri Paduka berdua secara terperinci.
Ini menggambarkan bagaimana seriusnya Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong untuk sama-sama memastikan bahawa Istiadat Pertabalan kali ini menjadi satu Istiadat Pertabalan yang akan dikenang sampai bila-bila.
Must-Watch Video