,
Laman Utama

"Maid Saya Meninggal Dunia Jumaat" - Shuib Singkap Punca COVID-19 Merebak Dalam Keluarga

Amri Hassan
10/08/2021
01:45 MYT
Suami kepada Allahyarhamah Siti Sarah Raisuddin, Shuib memberitahu pembantu rumahnya terlebih dahulu dijemput ajal pada Jumaat lalu sebelum kehilangan isterinya pada pagi Isnin.
BACA: Siti Sarah & Keluarga Positif COVID-19 - "Kami Berlapang Dada, Serahkan Semuanya Kepada Allah"
Jelas Shuib, tidak menyalahkan ketentuan Ilahi, ceritanya dia sekeluarga dijangkiti virus berbahaya itu disebabkan terleka.
"Saya ingin pesan kepada semua, COVID-19 is real! Sebelum perginya isteri saya, pembantu rumah saya telah meninggal dunia pada Jumaat lepas.
"Dulu saya orang yang tak percaya COVID-19, tapi bila kena batang hidung sendiri baru saya sedar.
"Allah nak jadikan jalan cerita itu apabila pembantu rumah saya turun buang sampah luar rumah, bersalam dengan kawan dan terus kena virus. Dalam keluarga saya hanya seorang sahaja yang negatif kemudiannya.
"Terpulanglah nak percaya atau tidak, saya yakin dan pasti tak ada orang tak sayang ahli keluarga sendiri," katanya dalam sesi siaran langsung pada petang Isnin.
Maklum Shuib, dirinya telah mendapatkan suntikan pertama vaksin bagaimanapun arwah isterinya belum lagi menerima sebarang dos vaksin sebelum menghembuskan nafas terakhirnya.
"Saya sudah divaksin, tapi baru sekali. Jadi, saya nak sedarkan rakyat Malaysia tentang vaksin. Sekurang-kurangnya vaksin dapat membantu.
"Saya tahu arwah isteri saya belum divaksin... Namun, saya sendiri tersentak apabila doktor maklumkan hampir semua bahagian paru-paru dia (Sarah) telah dijangkiti virus COVID-19.
"Jadi paru-parunya tak boleh nak bekerja untuk memproses oksigen sekali gus menyebabkan organ lain dalam badannya tidak berfungsi dengan baik. Mungkin kerana dia tak vaksin... Allahualam.
"Jadi, kalau anda berpeluang mengambil vaksin, pergilah ambil. Di saat sekarang ini kematian ada hari-hari. COVID-19 menyerang sekejap sahaja, tiada u-turn!" pesannya.
Selain itu, Shuib turut mengingatkan orang ramai agar sentiasa mematuhi saranan pihak berkuasa untuk tidak keluar rumah tanpa keperluan dan mengambil inisiatif untuk menjaga kesihatan diri serta keluarga.
"Saya masih ingat ketika dalam ambulans nak hantar isteri saya, bila nak bawa ke hospital swasta semuanya sudah penuh! Dia dah teruk sangat ketika itu.
"Masa tu, saya fikir duit banyak pun tak boleh sihatkan isteri saya, tak boleh kembalikan dia dan itulah yang terjadi," imbasnya yang turut menyeru orang ramai mengambil vitamin tambahan.
BACA: "Tahap Oksigen Menurun" - Siti Sarah Masuk Hospital, Shuib Mohon Doakan Isteri & Anak Dalam Kandungan!
Dalam pada itu, Shuib berpesan agar setiap rumah dilengkapi dengan alat pengukur paras oksigen dalam darah iaitu oximeter.
"Sentiasa pastikan kandungan oksigen dalam badan lebih daripada 96 peratus. Jangan tunggu lama-laman terus ke hospital jika paras oksigen berkurang.
"Ada satu hari paras oksigen Sarah drop, saya cakap tak ada apa. Semua okey... Bila saya lambat sangat bawa ke hospital dia sudah tiada lagi hari ini," tambah Shuib.
Allahyarhamah Sarah menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM) akibat COVID-19, jam 5.13 pagi ini.
Terdahulu, ibu kepada empat cahaya mata itu bertarung nyawa akibat COVID-19 selepas lebih 48 jam ditidurkan.
BACA: Siti Sarah Meninggal Dunia
BACA: Jenazah Siti Sarah Selamat Dikebumikan - “Memang Permintaan Arwah Untuk Disemadikan Sebelah Pusara Ibunya…”
BACA: "Masa Masuk Liang Lahad, Saya Pegang Pinggang Dia... Cukup Ringan" - Shuib Cerita Detik Akhir Kebumikan Jenazah Siti Sarah
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Selepas Ditahan Di Wad Zon Merah, Lan Pet Pet Syukur Kembali Sihat - “Saya Tak Henti Berzikir, Dapat Keluar Malam Tu Juga"

gempak
20/09/2024
05:55 MYT
Pelawak dan pelakon, Lan Pet Pet berkongsi kisah dia terpaksa dikejarkan ke hospital apabila tiba-tiba jatuh sakit pada malam 31 Ogos lalu.
Hollywood

Charlie Puth Kahwin Kekasih Zaman Sekolah, Majlis Ringkas Di Rumah Keluarga

gempak
18/09/2024
06:55 MYT
Penerbit, penyanyi dan penulis lirik terkenal Charlie Puth berkongsi berita gembira apabila berkongsi butiran dan foto serta video perkahwinan bersama kekasihnya, Brooke Sansone.
Hiburan

Atu Zero Dah Malas Nak Bertanding, Mahu Beri Peluang Kepada Pelawak Lain - “Jujurnya Saya Penat Sebab Rasa…”

gempak
17/09/2024
14:55 MYT
Pelawak yang juga salah seorang ahli kumpulan Zero iaitu Atu meluahkan rasa kesal apabila golongan pelawak dalam industri tanah air seolah-olah dipinggirkan.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Ameerais Bangga, Anggap Pencapaian Paling Jauh Sepanjang 14 Tahun Dalam Karier Nyanyian – “Saya Tunjuk Pada Semua Saya Boleh Menyanyi”

gempak
17/09/2024
02:55 MYT
Penyanyi Ameerais menyifatkan perjalanannya di Gimme The Mic Malaysia adalah pencapaian tertinggi dalam kariernya sepanjang 14 tahun dalam industri seni.
Hollywood

Abang Mendiang Michael Jackson, Tito Meninggal Dunia Di Usia 70 Tahun

gempak
16/09/2024
21:00 MYT
Tito Jackson yang terkenal sebagai anggota Jackson 5 dilaporkan meninggal dunia pada usia 70 tahun.