Advertorial
Mahukan Percutian Best? Ini 5 Sebab Ohsem Kenapa Melbourne Destinasi Sesuai Untuk Musim Luruh & Sejuk
Walaupun boleh dikatakan masih awal tahun namun sudah pasti ada yang dah mula merancang percutian kan.
Lebih-lebih lagi cuaca di Malaysia pula agak panas sekarang, jadi tak salah jika ada yang teringin untuk merasai percutian di tempat bersuhu sejuk dan mempunyai salji betul tak?
Bestnya bila dapat berjalan-jalan dalam cuaca sejuk sambil menghayati pemandangan yang indah, fuh memang win!
Kalau ditanya mengenai percutian musim sejuk yang ideal, antara destinasi popularnya sudah tentulah di Australia terutama sekali Melbourne sebab jarak penerbangan yang tak terlalu lama dan ada banyak aktiviti best boleh dilakukan di sana.
Ha meh sini kami kongsikan lima sebab ohsem kenapa Melbourne adalah destinasi yang berbaloi.
1.Muslim Friendly Experience
#PuffingBillySteamRailway
Merupakan kereta api wap tertua yang beroperasi di Australia. Perjalanan menaiki Puffing Billy Steam Railway ini bakal membawa anda menikmati pemandangan indah melalui Banjaran Dandenong.
Kereta api ini juga memberikan peluang yang baik kepada anda untuk berehat sambil menghirup udara segar semasa melalui hutan hujan sederhana.
#RaynersOrchard
Rayners Orchard ialah dusun yang menanam lebih daripada 450 jenis buah-buahan dan terletak di Lembah Yarra di Melbourne.
Dibuka dari 9 pagi hingga 4 petang, 7 hari seminggu kecuali ditutup pada hari Krismas.
Antara buah-buahan yang terkenal adalah buah peach, plum manakala musim apricot pula antara November dan penghujung April.
Dusun ini mempunyai rangkaian besar dan produk buah-buahan buatan sendiri. Anda juga berpeluang untuk belajar membotolkan buah-buahan pilihan sendiri dengan cara tradisional menerusi bengkel yang disediakan.
#PhillipIsland
Pulau Phillip merupakan antara tempat percutian yang menarik di Victoria. Pulau ini terkenal dengan perarakan Little Penguin dan Grand Prix Motosikal Australia.
Antara aktiviti menarik yang boleh dilakukan adalah melihat penguin yang comel, berjalan kaki di denai, menikmati matahari terbenam di The Nobbies, bermain Go Kart dan juga menaiki helicopter di atas tanjung Woolamai.
#PeninsulaHotSprings
Peninsula Hot Springs ialah mata air panas semula jadi yang pernah memenangi anugerah ini hanya 90 minit dari Melbourne.
Air mineral terma semula jadi mengalir ke dalam kolam dan mandian peribadi di oasis pantai ini, memberikan suasana yang indah untuk bersantai.
2.Keindahan Bandar Yang Menakjubkan
Melbourne juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan moden dalam persekitaran semula jadi untuk pengunjung. Selain itu, bandarnya juga terkenal dengan beberapa pasar popular antaranya:
#SouthMelbourneMarket
Ditubuhkan pada tahun 1867, ini menjadikan South Melbourne Market sebuah pasar paling lama beroperasi secara berterusan di Melbourne.
Dengan hampir 150 gerai yang dikendalikan oleh pemilik perniagaan kecil, pasar ini juga menampilkan rangkaian besar produk termasuk, buah-buahan dan sayur-sayuran segar.
Tidak ketinggalan juga penjual daging, ayam, makanan laut, barangan runcit, makanan, pakaian dan pelbagai lagi.
#QueenVictoriaMarket
Queen Victoria Market merupakan pasar dalam bandar yang telah menjadi nadi dan jiwa Melbourne selama lebih 140 tahun.
Pasar ini juga terkenal dengan jualan hasil segar, produk buatan tangan unik unik, kopi, makanan sedap, cenderahati dan juga pakaian.
Menariknya lagi, Queen Victoria Market juga menempatkan pasar malam pada malam Rabu di musim sejuk serta panas, yang mempamerkan makanan jalanan global, muzik dan hiburan secara langsung.
3.Lokasi Cantik Untuk Bergambar Dan Muat Naik Di IG
Untuk anda yang suka bergambar, Melbourne adalah pilihan yang tepat. Banyak tempat-tempat menarik yang pasti menjadi kesukaan anda, bila upload di IG tu memang berbaloi orang kata.
Antara tempat-tempat menarik itu adalah:
#TheEdge@MelbourneSkydeck
#StateLibraryofVictoria
#DegravesLaneways
#FlindersStation
#StreetartinHosierLane/ACDC
#Travellingbytram
#Victorianarchitecture
Jadi apa tunggu lagi, anda dah boleh mula intai-intai dekat Klook ya.
Must-Watch Video