,
Laman Utama

Mahu Tarik Perhatian Lelaki, Trend Sapu Rembesan Alat Sulit Wanita Makin Menggila Di TikTok

Izwan Isa
13/07/2022
13:20 MYT
Umum mengetahui TikTok merupakan platform perkongsian bersifat terbuka yang tidak hanya tertumpu pada hiburan semata-mata. Malah, TikTok turut menjadi platform pilihan untuk berkongsi tentang hal-hal lain seperti kulinari, kesihatan dan juga kecantikan.
Namun, TikTok juga tidak terlepas menjadi platform perkongsian trend-trend terkini, yang kadang-kala dianggap tidak masuk akal. Terbaharu, beberapa pengguna platform berkenaan mencetuskan trend kembali trend ‘vabbing’ iaitu penggunaan cecair rembesan alat sulit wanita sebagai pengganti minyak wangi.
Hal ini sedikit sebanyak memberi gambaran yang menjijikkan apabila cecair tersebut dicalit pada permukaan kulit yang selalu di oles dengan minyak wangi, iaitu pergelangan tangan, belakang telinga dan tengkuk.
Seorang pengguna TikTok menerusi testimoni berkata: “Jadi saya rasa vabbing ini berjaya kerana kami didekati oleh tiga orang lelaki. Salah seorang daripadanya offer nak belikan minuman, tetapi saya tolak. Namun, seorang rakan pun dibelanja minum dan saya rasa ia berjaya,” katanya.
Dalam pada itu, seorang lagi pengguna TikTok yang turut mencuba trend berkenaan berkata: “Ketika saya keluar rumah, saya terserempak dengan dua jiran lelaki saya. Mereka kata saya berbau wangi,” katanya.
Adakah ia benar-benar berkesan? Tidak mungkin. Seorang doktor dari Australia yang diundang ke podcast Kylie & Jackie O berkata: “Pelbagai aroma datang daripada alat sulit. Dan kadang-kala ia boleh jadi aroma yang ‘bagus’ dan ‘tidak bagus’. Ia bukanlah daya penarik yang begitu berkuasa seperti apa yang sesetengah wanita jangkakan.
Pakar dalam bidang seks, Shan Boodram turut pernah berkongsi yang tiada kajian sains berkenaan cecair alat sulit yang boleh menarik perhatian pasangan.
“Tidak ada saranan konklusif tentang impak vabbing. Ia jadi salah satu hal yang menyeronokkan apabila anda percaya ia (vabbing) boleh menjadikan anda lebih yakin,” katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Bomba Potong Cincin Sangkut Pada Alat Sulit Lelaki

gempak
09/09/2024
12:55 MYT
Khidmat anggota bomba terpaksa digunakan bagi khidmat khas memotong cincin besi yang tersangkut pada alat sulit seorang lelaki yang dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh pada Ahad.
Viral

Apa Hukum Lelaki Pakai Bearing Pada Kemaluan? Ini Penjelasan Ustaz Azhar Idrus!

gempak
05/09/2024
11:20 MYT
Pendakwah terkenal Ustaz Azhar Idrus tampil menjelaskan mengenai hukum lelaki memasang implan atau ‘bearing’ yang diperbuat daripada besi pada bahagian kemaluan.
Hiburan

Muat Naik Video Azal Cerita Tentang Kemaluan, Zarina Zainuddin Nafi Buka Aib Anak - “Saya Hanya Nasihat, Otak Korang Yang Lucah..”

gempak
24/08/2024
09:26 MYT
Selepas mendapat teguran keras daripada netizen gara-gara berkongsi video anak lelakinya, bercerita mengenai keadaan alat sulit, pelakon Zarina Zainuddin tampil memberikan penjelasan.
Sukan

Olimpik Paris 2024: Selepas Alat Sulit Terkena Palang, Anthony Ammirati Ditawar RM1 Juta Untuk Tunjuk ‘Aset’ Dalam Laman Lucah

gempak
07/08/2024
11:55 MYT
Meskipun gagal meraih sebarang pingat, atlet lompat bergalah Perancis, Anthony Ammirati mendapat satu peluang yang boleh menjadikan beliau sebagai jutawan dalam sekelip mata.
Sukan

Olimpik Paris 2024: Alat Kemaluan Terkena Palang Punca Atlet Perancis Tersingkir

gempak
05/08/2024
05:55 MYT
Atlet lompat bergalah Perancis, Anthony Ammirati, melihat impiannya di pentas Sukan Olimpik Paris berakhir dengan faktor yang tidak masuk akal.