Hollywood
Mahu Mati Dengan Aman, Eddie Murphy Larang Keluarga Adakan Majlis Pengebumian
Aktor dan pelawak terkenal Eddie Murphy ternyata sudah punya perancangan tersendiri mengenai hari kematiannya.
Murphy yang kini berusia 63 tahun mengaku melarang keluarga untuk melakukan majlis pengebumian saat dirinya meninggal dunia.
Aman
“Saya tidak mahu majlis pengebumian. Maksud saya, saya akan meninggal dunia seperti biasa, seperti semua orang. Kita pasti mati.
“Tapi saya tidak mahu ada majlis pengebumian. Kebumi sahaja tanpa keraian. Saya mahu mati dengan aman,” katanya sewaktu ditemu bual seorang wartawan, Kevin McCarthy, lapor People.
BERITA TRENDING: "Masuk Rumah Dia Rasa Lain" - Terkesan Nenek Sudah Meninggal Dunia, Zizan Razak Jarang Balik Beraya Di Terengganu
BERITA TRENDING: "Saya & Fad Bukan Berdiam Diri Tapi Doa Dari Jauh" - Achey Rayu Hidayah & Ali Segera Berdamai, Bimbang Anak-Anak Tanam Sifat Benci
BERITA TRENDING: Pelawak Charlie Murphy Meninggal Dunia Akibat Leukemia
BERITA TRENDING: Oscars 2024: Oppenheimer Bolot 7 Trofi! Cillian Murphy Menang Pelakon Terbaik
Murphy yang kini kembali dengan francais filem Beverly Hills Cop iaitu Beverly Hills Cop: Axel F kemudian bergurau peminat patut memainkan lagu jingle filem tersebut pada hari kematiannya.
“Itu hanya gurauan mainkan jingle Beverly Hills,” katanya.
Beverly Hills Cop: Axel F merupakan francais keempat yang menyaksikan Murphy membawa watak seorang polis, Axel Foley.
Must-Watch Video