Sukan
"Mahu Lahirkan Lebih Ramai Pelumba Motosikal Negara" - M8 Pushbike, ZK Racing Anjur Pertandingan Pocketbike
M8 Pushbike dan ZK Racing bakal bekerjasama mengadakan perlumbaan pocketbike berskala besar yang akan diumumkan kelak sebagai langkah mula meneruskan kesinambungan sukan dua roda ke arah permotoran.
BERITA TRENDING: "Satu Kejutan Sebenarnya ..." - 9 Negara, 500 Peserta Sertai M8 Pushbike International 2024
Presiden The M8 Cycling Club, Datuk Seri Wan Mohd Muzri Ramli berkata, kedua-dua pihak sentiasa berbincang mengenai hala tuju pelumba pushbike di masa hadapan dan telah bersependapat bahawa kesinambungan dari sukan pushbike adalah ke platform perlumbaan motosikal seperti MiniGP.Dalam masa terdekat juga, M8 sedang giat melaras acara Come & Try bagi pelumba pushbike merasai pengalaman menunggang jentera Pocketbike yang berkemungkinan akan diadakan pada awal Ogos depan sempena FIM MiniGP Malaysia Pusingan 4.
“M8 akan menganjurkan kejuaraan Pocketbike dan dibantu oleh ZK Racing selaku pasukan teknikal yang akan membantu di dalam pengoperasian serta mengendalikan jentera, latihan dan sebagainya.
“Kerjasama ini akan melengkapkan transisi dari sebuah basikal imbang iaitu pushbike ke pocketbike yang berenjin dan size yang lebih kecil dibandingkan dengan MiniGP.
“Objektif utama kolaborasi ini salah satunya adalah kesinambungan karier seorang pelumba pushbike ke sukan dua roda sekali gus melahirkan lebih ramai pelumba motorsikal negara di masa hadapan,” ujarnya.
Wan Mohd Muzri Ramli berkata demikian di M8 International Pushbike GP Series yang berlangsung di Langkawi, baru-baru ini.
BERITA TRENDING: Dari Melaka Ke Makkah, Remaja Lelaki Tunai Umrah Selepas Dua Bulan Ekspedisi Naik Motosikal Kriss 110
BERITA TRENDING: Demi Penuhi Permintaan Sayur Kampung, Wanita Ini Tunggang Motor Ulang Alik Dari Changkat Jering Ke Cheras Setiap Sabtu Untuk Berniaga!
BERITA TRENDING: Kereta Terbabas Masa Race, Nabila Razali Alami Hyperventilation
Dalam acara sukan bertaraf antarabangsa itu yang berlangsung selama dua hari itu, seramai 400 peserta dari empat buah negara Indonesia, Thailand, Singapore dan Malaysia berentap merebut kejuaraan.Tambah membanggakan, pasukan M8 Malaysia berjaya mengungguli lima daripada sembilan kategori yang dipertandingkan termasuk kejayaan hero cilik, Maleeq Dragster, Mikayla 44 dan Dayyan Adam dalam kategori masing-masing.
“Terima kasih kepada Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Kementerian Pelancongan yang menyokong M8 International Pushbike Gp Series yang diadakan di Mahsuri International Exhibition Centre (MIEC) baru-baru ini.
“Pertandingan M8 International akan diadakan sekali lagi di Langkawi tahun hadapan bagi menggalakkan program pelancongan dan sukan di Langkawi.
“Kerjasama antara M8 Eagle Pushbike, M8 Malaysia, ZK Racing dan Lada pastinya memberi daya tarikan yang lebih terbaik pada 2025,” kongsinya.
Must-Watch Video