gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
BERITA
Ular Tedung Mati Digigit Budak 1 Tahun
BERITA
Kereta Dipandu Wanita 'Ditelan' Lubang Benam
HIBURAN
Meganya! Rabbani Muncul Dengan Konsert Intifada Rabbani September Depan
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

BERITA

Mahu Kembali Berlakon, Shakilla Khoriri Perlu Turunkan 7 Kilogram Berat Badannya

Syafiqah Jalal
Syafiqah Jalal
28/05/2019
11:15 MYT
Sponsor Banner
Mahu Kembali Berlakon, Shakilla Khoriri Perlu Turunkan 7 Kilogram Berat Badannya
Pelakon Shakilla Khoriri mendedahkan dirinya belum mendapat berat badan yang ideal selepas melahirkan anak sulungnya, Ameena Sofia pada 14 Mac lalu.
Menurut Shakilla, dia kini sedang cuba menurunkan berat badan sebanyak tujuh kilogram (kg) untuk kembali ke berat asalnya.
“Selepas sahaja bersalin, berat saya sudah turun 10 kg tetapi kini tinggal tujuh kg lagi untuk saya kurangkan supaya saya dapat bentuk badan asal.
“Susah juga nak turunkan berat badan ni saya perlu amalkan diet yang sihat untuk menurunkannya,” katanya kepada Gempak.
Shakilla ditemui selepas Majlis Berbuka Puasa Suria Bersama Media yang diadakan di Hotel Sheraton Petaling Jaya, semalam.
Isteri kepada penyampai radio Suria, Fizi Ali itu berkata, dia kini sedang berusaha menurunkan berat badannya untuk kembali berlakon.
“Saya sudah tak sabar hendak kembali bekerja dan berlakon.
“Tapi untuk berlakon dan keluar televisyen saya perlu turunkan berat badan saya sehingga menjadi 50 kg.
“Insya-Allah saya akan ambil masa beberapa bulan lagi,” katanya lagi.
Shakilla dan Fizi mendirikan rumah tangga pada 18 Februari 2018.

Topic Berkaitan
#Anak
#Berlakon
#Fizi Ali
#Shakilla Koriri
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement