,
Laman Utama

Mahu Kawad Bawah Bumbung, Netizen Geram Dengan Daniel Cheang! - “Confirm Perangai Budak Sunat Lazer!”

Mya Amri
03/08/2023
14:50 MYT
Pengacara dan juga bintang Real Men Malaysia: Wira Merah, Daniel Cheang mendapat perhatian netizen disebabkan gelagatnya dalam program tersebut.
Menurusi video tular di TikTok, Daniel kelihatan resah kerana perlu berkawad dengan cuaca panas menyebabkan dia terpaksa memakai topi dan juga kipas mudah alih yang sangkut di bahagian bahunya.
Selain itu, permintaan Daniel untuk berkawad di bawah bumbung kerana panas juga dianggap mengarut oleh netizen.
“Matahari terik tuan, dengar dulu penjelasan saya. Ini bukan pemanas ini kipas. Kami boleh berkawad di bawah bumbung.
“Cuba tengok di Korea, semua okay je, mereka berkawad juga tapi kulit masih putih,” kata Daniel.
@asyrafroslan6 Mana ada orang kawad bawah bumbung ? ? #TiktokMalaysia #fypシ #masukberanda ♬ original sound - Asyraf Roslan
Bagaimanapun ada juga netizen merasakan gelagat Daniel itu lucu memandangkan ini merupakan kali pertama dia menyertai latihan padu daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
Disebabkan itu juga Daniel digelar ‘budak sunat lazer’ iaitu gelaran yang digunakan netizen untuk menggambarkan lelaki yang kurang lasak.
Antara komen yang diterima adalah:
“Dia belum rasa kawad tengah panas matahari pacak atas kepala… Lepas tu kena pula sidai tengah panas,” @Mr.J0k€R
“Kawad bawah bumbung dari sekolah sampai masuk PLKN tak ada pula kawad bawah bumbung,” @Poogieドラゴン
“Dia ingat ni time PJ ke? Dalam unit beruniform tak adanya nak bertopi-topi bila latihan,” @Khaii j_
“Confirm budak sunat lazer ni, confirm!” @ananaaib
“Alang alang kawad bawah bumbung tu, kenapa tak kawad dalam air cond ja hahahahah,” @Pingu22 BACA: “Mereka Selalu Kongsi Pengalaman Tentang Latihan” - Sertai Real Men Malaysia, Sepupu Buat Wafiy Ingin Tahu Tugasan Bomba
BACA: Dua Hari Merangkak, Siku Hawa Rizwana Cedera Sampai Kulit Terkopek! - "Pelik, Kawan-Kawan Lain Buat Tak Adalah Luka"
Selain Daniel, tujuh selebriti lain yang terbabit dalam rancangan realiti ini adalah atlet Mat Redho (atlet negara speed climbing), Arieff Yong (pempengaruh media sosial), Shashic (pelawak), Eric Lay (model), Hawa Rizwana (hos) serta pelakon Wafiy dan Jasmine Suraya.
Saksikan Real Men Malaysia: Wira Merah, setiap Ahad jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro Ria (saluran 104).
Untuk pilihan lebih fleksibel, ia turut boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.
Alami pengalaman Astro Baharu. Strim tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box. Untuk melanggan Pek Primary, WhatsApp “NAK ASTRO” ke 03-9543 3838.
BACA: Rancangan Realiti Paling Digeruni, Real Men Malaysia: Wira Merah, Buat Mental Hawa Rizwana & Jasmine Suraya Koyak!
Terdahulu, kejayaan Real Men di negara Korea Selatan telah menarik ramai bintang-bintang ternama walaupun rancangan ini dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti yang lasak dan sukar.
Paparan sebenar yang digambarkan menerusi liputan selama 24 jam serta formatnya yang unik dan asli menjadi antara penarik di kalangan para penonton yang ingin melihat sisi-sisi baharu selebriti kegemaran mereka.
Antara A-listers yang menyertai rancangan ini di Korea termasuk Julien Kang, Jackson Wang, Lisa Blackpink, Henry Lau dan Sam Hammington. Rancangan ini juga telah pun di adaptasi oleh negara Thailand (2020) dan China (2021).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

“Pernah Kena Marah Dengan Mak Sebab Tertinggal Botol Kat Sekolah” - Netizen Mula Kongsi Kenangan Miliki Tupperware

gempak
19/09/2024
09:25 MYT
Nama bekas plastik dan produk dapur terkenal iaitu Tupperware hangat diperkatakan di media sosial selepas ada dakwaan mengatakan jenama itu bakal memfailkan permohonan muflis minggu ini.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Hiburan

Seronok Bekerja Bersama, Nabila Huda Sifatkan Leona Bukan Bimbo - "Dia Kelakar, Manja & Bijak"

gempak
18/09/2024
07:55 MYT
Gerak-geri sering dikritik, pelakon Nabila Huda, menyatakan pempengaruh media sosial sensasi, Kasih Iris Leona, 22, sebagai seorang anak muda yang berbakat, bijak, kelakar dan bukan budak 'bimbo' seperti yang disifatkan netizen.
Hiburan

Aiman Ameer Kalis Wajah Disamakan Dengan Artis Lain, Cerita Kisah Lucu Ditahan Di Road Block - "Saya Perasan Bila Ada Yang Kata ..."

gempak
18/09/2024
03:25 MYT
Pelakon meningkat naik, Aiman Ameer tampil memberi respons apabila ramai menyatakan wajahnya seiras dengan beberapa selebriti lain.
Viral

Buku 99 Kata-Kata Fattah Amin Kembali Tular, Ada Netizen Beri Nasihat - “Jangan Galak Mengata Orang, Masing-Masing Ada Ujian”

gempak
17/09/2024
06:55 MYT
Susulan isu rumah tangga yang menimpa pasangan selebriti, Fattah Amin dan Nur Fazura, kini media sosial ‘riuh’ pula dengan buku berjudul ‘99 Kata-Kata #QalifModen Fattah Amin’ yang kembali tular.