,
Laman Utama

“Mahu Ia Meninggalkan Sejarah Kepada Seluruh Dunia Bahawa Cinta Sejati Itu Wujud”- Bakal Merisik, Vida Kongsi Impian Perkahwinan Bersama Iqbal

Syafiqah Jalal
14/09/2021
00:45 MYT
Jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida, 49, mengesahkan beliau dan Iqbal Zulkefli, 27, bakal melangsungkan pernikahan sekitar bulan Disember ini.
Pun begitu, Vida memberitahu akan ada acara merisik atau bertunang sebelum mereka disatukan dengan ikatan yang sah.
“Saya akan umumkan tarikhnya nanti tapi yang pasti dalam bulan Disember ini.
“Pun begitu kami tidak akan terus nikah dan saya masih mahu mengikut adat. Perlu lah didahului dengan merisik atau bertunang terlebih dahulu.
“Lagipun ini perkahwinan pertama dan terakhir Iqbal biarlah dia merasai semua itu,” katanya kepada Gempak ketika dihubungi.
Bercerita lanjut mengenai impian perkahwinannya, Vida memberitahu beliau akan memastikan ia satu majlis gilang gemilang yang menjadi lambang sejati cinta mereka berdua.
“Kami impikan perkahwinan yang gilang gemilang seperti wedding of the year. Saya masih tak tahu lagi nak gambarkannya macam mana.
“Apa yang penting perkahwinan itu nanti akan meninggalkan sejarah kepada seluruh dunia bahawa cinta sejati itu wujud…Dia datang cepat atau lambat… tapi dia datang bila kita perlukan.
“Tentang konsep itu kami sudah ada beberapa senarai wedding planner. Tidak lama lagi kami akan lihat dan dengar dulu idea apa yang mereka nak propose pada kita,” kongsinya.
Menjelang beberapa bulan hari perkahwinannya, Vida memberitahu Iqbal yang juga merupakan bekas pembantu peribadinya mempunyai ciri-ciri yang berjaya membuka hatinya untuk berumah tangga sekali lagi.
“Dia seorang yang ikhlas, bertanggungjawab dan sentiasa ada bersama saya dalam susah dan senang.
“Sejak dia bekerja dengan saya pada tahun 2016 hingga lah sekarang meskipun sudah berjaya dengan perniagaan sendiri dia masih mengambil berat tentang diri saya dan ada bersama saya,” ceritanya lagi.
Sejak beberapa minggu lalu, nama pasangan ini menjadi sebutan warganet tentang kisah cinta mereka yang dilihat terlalu terbuka mendedahkan setiap inchi hubungan yang terjalin.
BACA: Teruja Vida Boleh Hamil Kembar, Iqbal Zulkefli Sahkan Rancangan Nak Kahwin!
Namun terbaharu, impian mereka untuk berumah tangga telah tidak direstui oleh anak sulung Vida, Cik B yang akui sukar untuk menerima bakal bapa tirinya.
BACA: “Dia Trauma & Memberontak”- Cik B Masih Tak Boleh Terima Iqbal, Vida Akan Buat Solat Hajat BACA: Cik B Suspek Iqbal Suka Vida Bersebab, Tetap Tak Sebulu Dengan Bakal Bapa Tiri
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Nina Ismail Sabri & Bakal Suami Kongsi Kisah Cinta Mula Berputik Selepas Bercuti Di Jepun – “It’s Like Our First Dating, Bila Pulang Kami Mula Rasa…”

gempak
22/11/2024
11:50 MYT
Umum mengetahui kakak kepada penyanyi Dafi iaitu Nina Ismail Sabri bakal mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya yang dikenali sebagai Hafiz Osman.
Hiburan

Pernah Dituduh Penyondol, Nissa Sabyan & Ayus Nikah Julai Lalu

gempak
21/11/2024
11:55 MYT
Kisah asmara terlarang di antara anggota kumpulan Sabyan iaitu Nissa dan Ayus dilaporkan berhujung dengan perkahwinan.
Hiburan

Enam Bulan Menikah, Rizky Febian Mengaku Tak Daftar Perkahwinan

gempak
19/11/2024
14:00 MYT
Penyanyi Rizky Febian mengaku tidak mendaftarkan perkahwinan bersama Mahalini meski sudah enam bulan menjadi suami isteri.
Hiburan

“Permintaan Dia Sebelum Menutup Mata…” - Kiah Propa Kembali Berkahwin, Mahu Jaga Bekas Suami Sakit Kanser Leher

gempak
18/11/2024
08:25 MYT
Pelakon dan usahawan, Kiah Propa memilih untuk kembali melangsungkan perkahwinan bersama bekas suaminya, Mohamad Nazri Ismail.
Hiburan

Muatnaik Status Tentang ‘Beautiful Woman’, Hantaran Jefri Nichol Curi Perhatian Netizen - “Ameera Khan Kan?”

gempak
17/11/2024
01:20 MYT
Selepas tular foto berpegangan tangan bersama pempengaruh Ameera Khan, pelakon kacak Indonesia, Jefri Nichol sekali lagi berjaya mencuri perhatian netizen Malaysia.
Unitar