,
Laman Utama

Mahu Fazura, Estranged Bawa Keunikan Borneo Dalam Konsert Apa Khabar Teman?

Maliah Surip
26/11/2023
09:50 MYT
“Jika Fazura dapat sertai kami mesti lebih meriah kerana dia juga termasuk dalam perjalanan karier Estranged,” begitu harapan vokalis kumpulan tersebut Rich mengenai Konsert Estranged Apa Khabar Teman? sewaktu sidang media baru-baru ini.
Ya, selepas tujuh tahun tidak dilihat secara komersial membuat persembahan, Estranged siap bertemu semula peminat menerusi Konsert Estranged Apa Khabar Teman?.
Bakal berlangsung di Persada Johor, Johor Bahru pada 3 Februari, gitaris, Din Hormatov berkata hasrat melamar Fazura untuk ikut serta dalam konsert tersebut selepas mengambil kira pembabitan Fazura dalam kerjaya seni mereka.
"Kami akan kumpul semua penyanyi yang pernah berkolaborasi dengan Estranged dalam konsert nanti.
“Fazura salah seorangnya namun semua masih dalam peringkat rundingan,” kata Din.
Fazura pernah berkolaborasi dengan Estranged menerusi single Hancur Aku pada 2015.

BERITA TRENDING: Estranged Yakin Fazura Boleh Menyanyi

Lagu Hancur Aku ciptaan sepenuhnya Estranged malah pernah mencipta fenomena apabila tersenarai dalam peringkat Separuh Akhir Muzik-Muzik Ke-31 pada 2016.
Sementara itu membawa tema Hancur Aku yang diambil dari hit lagu sama menerusi album Sepenuhnya Vol. 1, Konsert Estranged Apa Khabar Teman? merupakan inisiatif yang digerakkan oleh Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) dengan Estranged menjadi salah sebuah kumpulan yang dianugerahi DKD menerusi Estranged Sdn Bhd oleh MyCreative Ventures Sdn Bhd.
Inisiatif DKD oleh Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) dilaksana untuk memudahkan dan menggalakkan penggiat industri kreatif dalam penghasilan, penerbitan dan penyebaran kandungan yang kreatif serta mengoptimumkan potensi industri kandungan kreatif dalam pasaran domestik dan global.
“Menerusi Konsert Estranged Apa Khabar Teman? kami mahu memperkenalkan imej atau bunyian baharu dari Estranged kepada semua.
“Inilah (bunyian baharu) yang kami usahakan sepanjang tidak aktif termasuk sewaktu dunia dilanda pandemik dan akhirnya sedia untuk diperkenalkan kepada semua,” kata Rich.

BERITA TRENDING: Estranged Saman Wanita Tipu Konsert Di London RM100,000

Dan menariknya Estranged juga mahu memperkasa instrumen Borneo yang akan dibawa bertemu peminat dalam konsert tersebut.
“Kami juga sangat teruja untuk memperkenalkan instrumen instrumen tradisional dan kebudayaan serta warisan etnik keluarga Borneo serta sahabat sahabat barisan artis dari Sabah dan Sarawak.
“Ini sesuatu yang sangat istimewa untuk kami tampilkan pada Konsert Estranged Apa Khabar Teman? di Persada Johor nanti,” kata Rich lagi.

PILIHAN PEMBACA: "Bukan Sebab Duit Atau Kuasa" - Isu Veveonah Bakar Semangat Rich Estrange Nak Bertanding...

Untuk itu jangan sampai terlepas temu janji anda bersama Konsert Estranged Apa Khabar Teman? yang akan diadakan pada 3 Februari 2024 di Persada Johor.
Tiket-tiket akan mula dijual pada 27 November 2023 di www.ticket2u.com dengan harga early bird untuk minggu pertama sahaja – Itu Kamu (139) dan Odoi (RM89).
Manakala harga normal iaitu kategori Itu Kamu (RM149), Odoi (RM99) serta Meet & Greet & Merchandise (RM300) untuk 100 peminat sahaja.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Fattah Amin Adalah Sebaik-Baik Manusia, Fazura Juga Begitu, Cuma…” - DJ Sonic

gempak
19/09/2024
05:25 MYT
Pengacara dan penyampai radio DJ Sonic berkongsi keperibadian pasangan selebriti Fazura dan Fattah Amin.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Hiburan

“Mereka Cakap Dia Seorang Introvert & Tak Reti Berparti Bagai…” - Individu Dedah Perangai Sebenar Fattah Amin

gempak
18/09/2024
23:55 MYT
Isu rumah tangga pasangan selebriti Nur Fazura dan suaminya, Fattah Amin masih menjadi perbualan hangat di setiap media sosial sejak minggu lalu.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.