,
Laman Utama

Mahkota Miss Globe 2023 Milik Malaysia, Manvin Khera Slay Semua Pusingan!

Amri Hassan
18/11/2023
03:50 MYT
Miss Globe Malaysia, Manvin Khera dinobat sebagai juara ratu cantik Miss Globe kali ke-20 mengalahkan 52 delegasi negara dunia lain.
Manvin, 22, yang turut dinobatkan Miss Talent dalam pertandingan yang berlangsung di Albania itu mengalahkan wakil dari Sepanyol, Katia Agbodo Rodriguez dan Filipina, Anna Valencia Lakrini.
Manakala, tempat keempat dan kelima masing-masing dimiliki wakil dari Nigeria (Duru Esther Chidera) dan Amerika Syarikat (Kirstin Yvonne Bang).
"Semua orang sangat baik dan saya hilang kata-kata. Saya sangat gembira untuk berada di sini dan saya tidak menjangkakan sama sekali akan memenangi pertandingan ini.
"Sudah tentu saya tiada ragu-ragu dan sentiasa yakin dengan diri sendiri sebab saya percaya kekalahan itu tidak akan mematahkan semangat untuk kita terus berusaha dan maju ke hadapan.
"Saya percaya pada diri sendiri, dan berikan yang terbaik. Saya berbangga dapat mewakili negara saya Malaysia dan sekarang akan mewakili Organisasi Miss Globe. Saya akan menggunakan platform ini untuk menyampaikan suara dan cinta saya kepada dunia," katanya menerusi temubual bersama wakil media usai kejuaraannya.
Pertandingan ratu cantik Miss Globe perlu melalui beberapa cabaran mini sebelum menempatkan diri di Top 15 dan Top 5.
Sejak awal pertandingan lagi, Manvin berjaya memikat hati juri dalam pusingan swimsuit, talent dan head to head challenge.
Pada acara kemuncak malam tadi, Manvin nampak sangat tenang dan berjaya memberikan jawapan terbaik dalam sesi Q&A.
Soalan yang diberikan juri kepada Manvin berbunyi; "Apakah pelajaran dari usia kanak-kanak yang kamu pelajari memberikan impak kepada hidup kamu?"
Jawab Manvin; "Setiap orang bertumbuh dan saya belajar daripada kesilapan saya serta kegagalan. Saya percaya kegagalan itu kunci kejayaan.
"Setiap kali kegagalan saya ketika kanak-kanak saya berpesan pada diri saya 'Manvin kamu perlu bangkit lebih kuat'. Apabila kamu bangkit, kamu akan jadi lebih hebat dan tiada tandingan."
Sejak tahun 2004, pertandingan ratu cantik Miss Globe telah menobatkan wakil negara yang lantang menyuarakan advokasi terhadap peranan wanita untuk dunia sejagat.
Pusingan akhir Miss Globe 2023 berlangsung di Ramazan Njala Sports Palace di Durres, Albania dan disiarkan secara langsung menerusi YouTube DeliAer Associations.
Jom semak senarai anugerah lain yang dimenangi oleh wakil negara lain.
Juara cabaran Head-to-Head: South Africa Miss Friendship: Hawaii Best in National Costume: Taiwan Miss Bikini: Brazil Miss Talent: Malaysia Miss Social Media: Japan Miss Fashion: Albania Miss Eleganza: Czech Republic Miss Photogenic: Laos Miss People's Choice: Jamaica Miss Golden Girl: Belgium Miss Tourism: Germany Miss Dreamgirl: North Macedonia
Saksikan semula di sini:
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Sukan

Terbuka China: Wei Chong-Kai Wun Tumbangkan Juara Dunia Dari Korea Selatan

gempak
19/09/2024
10:25 MYT
Beregu lelaki negara Man Wei Chong-Tee Kai Wun melakar kejutan apabila menumbangkan juara dunia dari Korea Selatan Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae di pusingan kedua Terbuka China 2024 pada Khamis.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.