,
Hiburan

Mahkamah Tetapkan Tarikh Semula Kes Cerai Syamsul Yusof - Ira Kazar

Asyikin Mayudin
27/08/2024
07:27 MYT
Sebutan kes perceraian pengarah dan pelakon Syamsul Yusof ditetapkan ke tarikh baharu iaitu 25 September depan di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Taman Seri Keramat, Selangor.
Peguam mewakili Syamsul iaitu Azmi Mohd Rais berkata kedua-dua pihak perlu hadir ke tarikh yang ditetapkan oleh hakim syarie, Maizatul Aliza Chee Din.
“Mahkamah menetapkan tarikh baharu untuk sebutan semula iaitu 25 September depan, pukul 3 petang.
“Pada tarikh tersebut Ira hendaklah hadir bersama peguam dia, begitu juga dengan Syamsul.
“Kalau ikut prosedur, mahkamah akan tanya Ira sama ada setuju atau tak dengan tuntutan cerai. Jika setuju, Syamsul boleh lafaz cerai,” katanya kepada Gempak.
Azmi berkata demikian ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Gombak, Timur, pada Selasa.
Ditanya mengenai respon Syamsul mengenai tarikh sebutan semula, Azmi berkata pengarah filem KL Gangster itu akur dengan keputusan mahkamah.
“Seperti saya katakan, Syamsul memang bersedia melafazkan dan melepaskan Ira hari ini. Syamsul terpaksa akur apabila tunda tarikh baharu. Saya difahamkan mereka memang tiada kesefahaman,” ujarnya.
Dalam pada itu, Azmi turut berkongsi keadaan Syamsul berhubung kemulut rumah tangganya.
“Syamsul nampak tenang sahaja,” katanya.
Dalam pada itu, Azmi turut memberitahu tidak mengetahui mengenai dakwaan lafaz cerai di luar mahkamah yang dibuat anak guamnya.
Azmi berkata, Syamsul atau nama sebenarnya Mohd Syamsul Mohd Yusof, 40, juga tidak pernah membuka mulut mengenai perkara itu.
“Setakat ini saya tidak menerima sebarang maklumat mengenai lafaz di luar mahkamah. Saya juga tidak menerima saman atau dimaklumkan oleh Syamsul berkaitan hal ini.
“Syamsul hanya memfailkan tuntutan perceraian dengan kebenaran mahkamah di bawah Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor (EUUKIS),” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Peguam Maklumkan Syamsul Yusof Sedia Lepaskan Ira Kazar

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Sean Diddy Tawar RM200 Juta & Rumah Lepas Jenayah Seks, Mahkamah Tetap Hantar Ke Penjara

gempak
19/09/2024
15:13 MYT
Mahkamah Persekutuan di Amerika Syarikat menolak Sean Diddy Combs diikat jamin meski rapper tersebut sanggup membayar sejumlah nilai yang besar agar dibebaskan.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Viral

40 Hari Berkahwin, Wanita Minta Cerai Sebab Suami Mandi Sekali Sebulan

gempak
19/09/2024
00:55 MYT
Seorang isteri memfailkan perceraian selepas 40 hari berkahwin kerana suaminya jarang mandi dalam kejadian di bandar Agra, India.
Berita

Kes Zayn Rayyan: Nama Kekal Dalam Kertas Pertuduhan

gempak
18/09/2024
04:43 MYT
Nama Zayn Rayyan Abdul Matiin dikekalkan dalam kertas pertuduhan yang dihadapi ibu bapa kanak-kanak autistik itu.
Berita

Bicara Kes Zayn Rayyan: Mahkamah PJ Kembali Jadi Tumpuan

gempak
18/09/2024
02:25 MYT
Mahkamah Majistret Petaling Jaya kembali menjadi tumpuan petugas media bagi liputan perbicaraan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin, pada Rabu.