gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Fattah Amin Buat Kejutan Di Konsert Jiwa Kacau 2025, Umum Sudah ‘Engaged’ Dengan…
HIBURAN
Ezlisa Loy & Hafiz Kini Suami Isteri
BERITA
Bapa Kepada Pengusaha Jenama Bulan Bintang Meninggal Dunia
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

BERITA

Mahkamah Jerman Putuskan Coklat Dubai Mesti Asal Dari Dubai

Gempak
Gempak
29/06/2025
00:55 MYT
Sponsor Banner
Mahkamah Jerman Putuskan Coklat Dubai Mesti Asal Dari Dubai

Mahkamah di Jerman memutuskan bahawa rangkaian pasar raya diskaun Aldi Sud tidak lagi boleh menjual coklat popular berlabel 'coklat Dubai' kerana ia sebenarnya dihasilkan di Turkiye, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Keputusan Mahkamah Tinggi Wilayah di Cologne pada Jumaat itu membatalkan keputusan mahkamah rendah sebelum ini dan adalah muktamad, namun ia dikeluarkan dalam prosiding ringkas.

Jurucakap mahkamah berkata, masih belum jelas sama ada mana-mana pihak akan memulakan prosiding penuh selepas ini.

Aldi Sud telah menjual coklat Alyan Dubai Handmade Chocolate sejak Disember lalu.

Bagaimanapun, seorang pengimport konfeksi telah memfailkan tindakan undang-undang untuk menghentikan penjualan tersebut atas alasan bahawa coklat berkenaan dihasilkan di Turkiye seperti yang tertera pada bahagian belakang bungkusan.

Aldi berhujah bahawa pengguna telah lama memahami istilah 'coklat Dubai' sebagai merujuk kepada sejenis produk yang diisi dengan pistachio kadayif (mi rangup) dan bukannya sebagai penunjuk asal usul produk.

Namun, mahkamah berpendapat bahawa apa-apa produk yang dinamakan 'coklat Dubai' mesti benar-benar berasal dari Dubai, kerana pengguna boleh terkeliru.

"Adalah memadai apabila sekitar 15 hingga 20 peratus pengguna masih mengaitkan istilah tersebut dengan lokasi geografi tertentu,” kata mahkamah dalam penghakiman.

Jurucakap Aldi Sud berkata, syarikat itu akan meneliti alasan penuh penghakiman tersebut.

Beliau menambah, bahawa coklat tersebut telah dikeluarkan daripada jualan sebagai langkah berjaga-jaga sejak awal pertikaian undang-undang itu.

Sumber: Sinar Harian

Topic Berkaitan
#Jerman
#Dubai
#Kunafa
#Coklat Dubai
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement