,
Laman Utama

"Macam Puting Beliung..."- Ribut, Hujan Lebat Mengakibatkan Harta Benda Rosak Di Johor Bahru

Syafiqah Jalal
01/12/2022
05:35 MYT
Mengejutkan apabila sekelip mata sahaja sebahagian rumah, kedai serta harta benda seperti kereta dilaporkan rosak teruk susulan ribut dan hujan lebat yang melanda Johor Bahru dan Iskandar Puteri, petang semalam.
Menurut laporan dan tinjauan Bernama mendapati antara yang terjejas ialah beberapa rumah penduduk di Kampung Pasir, di sini, yang bukan sahaja menyaksikan bumbung rumah tercabut malah turut dilanda banjir kilat.
Salah seorang penduduk kampung ,Hishamudin Ma'in, 48, menggambarkan kejadian yang berlaku kira-kira 3.30 petang itu seperti puting beliung, yang hanya reda kira-kira dua jam kemudian.
"Macam puting beliung petang tadi dengan angin yang sangat kuat, rumah saya sendiri bumbung teralih.
"Lihat ke luar tingkap langit sangat gelap dan kita tidak boleh nampak apa-apa sebab angin kuat," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, di sini.
Bapa kepada lima cahaya mata itu berkata penduduk di kampungnya itu sudah terbiasa dengan banjir kilat namun ini merupakan kali pertama ribut berlaku di kawasan itu.
Sementara itu, Zanariah Jaafar, 44, pula berkata tempat meletakkan kenderaan dan bumbung rumahnya musnah akibat ribut sementara air banjir kilat berada kira-kira di paras lutut.
"Kereta saya juga alami sedikit kerosakan. Bagaimanapun saya lega kerana tiada kecederaan dialami ahli keluarga, tetapi agak mengejutkan juga kerana sebelum ini banjir kilat sahaja, tetapi kali ini disertai ribut pula," kata ibu kepada dua cahaya mata itu.
Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Skudai, PBK II Faisal Ismail menerusi satu kenyataan ,berkata sebanyak tiga buah kereta dihempap sebatang pokok akibat ribut di Simpang Empat, Taman Ungku Tun Aminah, di sini.
Bagaimanapun, kejadian pada jam 3.12 petang itu tidak melibatkan sebarang kecederaan dan kesemua mangsa sempat keluar daripada kereta masing-masing.
"Pihak bomba bertindak memotong pokok dengan menggunakan dua unit gergaji sehingga selesai (bagi mengalihkan pokok dan kereta) dan operasi tamat pada jam 5.40 petang," katanya.
Sumber: Bernama
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Ribut Petir, Hujan Lebat Diramal Badai Perak, Sabah & Labuan

gempak
17/09/2024
04:50 MYT
Ribut petir, hujan lebat serta angin kencang diramalkan membadai Perak, Sabah dan Labuan hingga jam 1 tengah hari ini.
Hiburan

Konsert Jiwa Malaysia 2024: 15,000 Penonton Hadir, Berkumpul Sejak Pukul 2 Petang!

gempak
09/09/2024
15:25 MYT
Dalam semangat menyambut kemerdekaan, Perbadanan Stadium Malaysia dengan kerjasama MND Sport & Event telah menganjurkan Konsert Jiwa Malaysia untuk menyemarakkan semangat cintakan negara melalui hiburan.
Hiburan

Rebecca Nur Al Islam Sebak Doa Agar Hujan Lebat Ketika Tawaf Dimakbulkan - “Macam Tak Percaya, Tiba-Tiba Saja…”

gempak
03/09/2024
09:25 MYT
Menerusi perkongsian di Instagram, Rebecca atau nama sebenarnya Rebecca Nur A Islam berkongsi rakaman video yang memaparkan hujan lebat di Masjidil Haram.
Hiburan

“Saya Sanggup Sujud & Minta Maaf Janji Korang Tak Ganggu Mental Mereka” - Abang Tesla

gempak
02/09/2024
23:55 MYT
Enggan memanjangkan isu, pempengaruh Abang Tesla merayu kepada orang ramai agar berhenti ‘menyerang’ kedua-dua isterinya dengan kata-kata negatif.
Hiburan

Isteri Kedua Didakwa Mahu Bolot Harta, Ini Respons Abang Tesla - “Saya Dah Sorokkan Kelahiran Anak..”

gempak
02/09/2024
03:55 MYT
Pempengaruh media sosial, Abang Tesla menggesa semua pihak agar berhenti menabur fitnah terhadap isteri keduanya yang didakwa mahu membolot harta selepas melahirkan anak sulungnya.