,
Hiburan

"Macam Mana Kalau Anak Itu Terlepas Tangan Dari Pautan..." - Netizen Puji Sikap Prihatin Paknil

Badrul Hashim
29/01/2019
21:29 MYT
Sikap prihatin Datuk Aznil Haji Nawawi mendapat pujian netizen, malah ramai yang turut mengimbau kenangan yang sama.
Dalam satu entri di Instagram beliau, Datuk Aznil atau panggilan mesranya Paknil memuat naik sebuah video yang cukup menyentuh perasaan.
Menurut Paknil, beliau berselisih dengan seorang abang yang memboncengkan anaknya dalam usia enam atau tujuh tahun.
"Masa selisih Paknil perasan anaknya seperti terlelap. Terus terfikir macam mana kalau anak itu terlepas tangan dari pautan badan ayahnya," tulis Paknil.
Daripada video yang dipaparkan, Paknil berjaya menarik perhatian abang yang sedang menunggang motosikal tersebut.
"Paknil doakan ayahnya diberi tambahan rezeki agar mampu menyediakan kenderaan lebih selamat untuk si comel itu," tambahnya lagi.
Paknil turut berpesan kepada para ayah dan ibu supaya tidak mengambil ringan perkara tersebut.
Rata-rata netizen meninggalkan komen memuji tindakan Paknil tersebut dan menganggap beliau adalah contoh terbaik artis Malaysia. Malah ada yang turut berkongsi pengalaman yang sama.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

"Ada Ketika Kami Catukan Makanan" - Luahan Perasaan Tiga Suara, PakNil Buka Akaun Untuk Bantuan Berkelompok

gempak
02/06/2021
09:45 MYT
Datuk Aznil Haji Nawawi, PakNil, Derma, PKP
Laman Utama

"Sorry Girl, PakNil Pun Mungkin 'Terjudge' You Sebelum Ini..." - Datuk Aznil Mohon Maaf Pada Sharifah Sakinah

gempak
18/03/2021
08:45 MYT
Datuk Aznil Haji Nawawi, PakNil, Sharifah Sakinah, Hard to Heart, Bual Bicara