,
Laman Utama

Macam Macam Hal! Terlalu Popular Pelakon Indonesia Amanda Manopo Diugut Bunuh

Maliah Surip
23/02/2021
15:20 MYT
Amanda Manopo saat ini menjadi salah satu pelakon muda Indonesia yang sedang popular.
Pelakon berusia 21 tahun ini menjadi popular kerana membintangi sinetron atau drama yang sedang fenomena di Republik tersebut, Ikatan Cinta.
Menerusi drama ini, Amanda membawa watak seorang wanita bernama Andin yang digambarkan sebagai wanita yang setia, lembut dan penyayang.
Sayangnya, di sebalik populariti yang sedang dikecapi, Amanda berhadapan ancaman dan ugutan bunuh daripada haters. Bukan satu, tetapi dia diugut dengan 986 kali dan menerima banyak komen dari netizen.
Amanda yang digelar Atun oleh hatersnya menerima ugutan berbunyi: "Aku nak bunuh Atun tapi takut masuk penjara."
Kenyataan atau ancaman itu kemudian disokong haters pelakon yang dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengan hos Billy Syahputra tersebut.
Oleh kerana bimbang mengenai keselamatan anaknya, sang ibu, Henny Manopo dan pengurus memasang peguam sekaligus tak teragak agak mengambil tindakan tegas kepada haters yang mengancam bunuh Amanda.
"Kami sangat resah dan bimbang dengan ancaman pembunuhan ini. Oleh kerana impaknya besar kepada keluarga, jadi kami perlu ada tindakan. Ini sangat membimbangkan," kata Henny dan peguam mereka, Razman Arif Nasution seperti dilaporkan Gempakid.
Ibu Amanda juga mendakwa anaknya kini berada dalam ketakutan apalagi saat ini dia sedang sibuk dengan penggambaran Ikatan Cinta.
"Amanda sangat resah dengan ancaman ini. Sebolehnya kita tak nak memanjangkan hal ini. Tetapi apabila Amanda pun berasa takut dan terganggu jadi kami perlu bersedia," katanya lagi.
Instagram: @amandamanopo
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.
Viral

Penduduk Arak Guru Ngaji Separuh Bog*l, Rogol Anak Murid

gempak
16/09/2024
22:02 MYT
Seperti perumpamaan harapkan peger, peger makan padi, begitulah kes yang terjadi di Jawa Tengah, Indonesia ini.
Berita

Bapa Bakar Anak Hidup-Hidup Kerana Keluar Rumah Tak Minta Izin

gempak
16/09/2024
07:55 MYT
Perbuatan kejam itu dilakukan Iwan Hasan, 44, terhadap puterinya, MH, 13, ketika kejadian di kediaman keluarga itu di Kelurahan Kota Baru, Ternate Tengah, Maluku Utara di Indonesia pada Khamis lalu.