,
Laman Utama

“Macam Anak Patung!” - Buat Majlis Aqiqah, Anak Rizman Ruzaini & Nurida Suraya Buat Netizen Terpukau

Azwa Rahman
15/03/2021
05:55 MYT
Anak kepada pereka fesyen terkenal Rizman Nordin dan usahawan Nurida Suraya, Rizqaa mencuri perhatian ramai apabila wajah comelnya disamakan seperti anak patung.
Menerusi laman sosial Instagram, Rizman berkongsi foto-foto sewaktu penganjuran majlis akikah puteri sulungnya itu untuk tatapan umum.
“Majlis tahlil arwah baba dan akikah Rizqaa,” tulisnya ringkas sebagai kapsyen foto.
Pada majlis yang berlangsung pada Ahad, Riqzaa kelihatan comel memakai baju kurung berwarna putih dan merah jambu, sedondon dengan ibunya.
Bukan sahaja itu malah dia turut mengenakan perhiasan kepala serta kasut daripada warna yang sama.
Sementara itu di ruangan komen, rakan selebriti dan wargamaya memberikan pujian terhadap keluarga kecil ini yang kelihatan cukup cantik.
“Beautiful family,” tulis penyanyi Anuar Zain.
“Macam doll tau Rizqaa ni, cantik betul kejadian,” puji seorang wargamaya.
“Geram la tengok Rizqaa ni,” ujar seorang wargamaya.
“Comel sangat yang kat tengah tu,” komen seorang wargamaya.
“Subhanallah, tak puas memandang si comel Rizqaa tu,” kata seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, foto tersebut telah mendapat hampir 14,000 daripada pengikutnya.
Sekadar info, Rizman, 37, dan Nurida, 32, mendirikan rumah tangga pada 13 September 2019 di Glasshouse, Seputeh, Kuala Lumpur.
Pasangan bahagia ini dikurniakan Rizqaa pada 2 September 2020.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

#GTheUntoldStory: Hawra Uqaira, Penyeri Hidup Kamal & Uqasha

gempak
06/07/2024
03:55 MYT
Selami perasaan Uqasha dan Kamal mengenai Hawra Uqaira, cabaran bergelar ibu dan bapa dan perancangan karier pada masa depan.
Viral

“Sebenarnya Busana Itu Untuk Dinner Show, Namun…” – Rizman Ruzaini Kongsi Kronologi Kolaborasi Perdana Dengan Lady Gaga

gempak
22/06/2024
08:20 MYT
Perekanya, Rizman Nordin dari Rizman Ruzaini berkata, kolaborasi bersama dengan Lady Gaga bermula rentetan daripada busana mewah yang pernah digayakan oleh Naomi Campbell pada pertunjukan fesyen mereka di Dubai akhir tahun lalu.
Laman Utama

Anak Beli iPhone Dengan Hasil Duit Kumpul Sendiri, Ajak Shiro Bangga! - “Kita Nak Belikan, Dia Tak Nak"

gempak
02/07/2022
13:23 MYT
Usaha tangga kejayaan.
Laman Utama

“Kami Okay Kalau Orang Nak Dukung Atau Cium Anak Kami” - Ikmal Amry Tak Mahu Jadi Ibu Bapa Paraniod

gempak
27/04/2022
11:31 MYT
Comelnya Cailie!
Laman Utama

Bercuti Di Switzerland, Netizen Risau Anak Emma Maembong Bertatih Di Kaki Lima - “Seriau Tengok Kereta Laju..”

gempak
10/02/2022
11:35 MYT
Bestnya bercuti di luar negara!