gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
BERITA
LIMA'25: Trak Bawa 25 Anggota Tentera Kemalangan
HIBURAN
Bisikan Terlarang: Pasangan Ajak Tinggal Dengan Mentua? Ramai Pilih ‘Tidak’ Sebab…
BERITA
Nak Bergaya Dengan Tumit Tinggi, Kena Dapatkan Permit Dulu
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
HIBURAN

Tak Pernah Campur Urusan Peribadi Ibu, Anak Nora Ariffin Hanya Jadi Pendengar Setia Di Rumah - “Saya Percaya Apa Yang Ibu Buat Mesti…”

gempak
Asyikin Mayudin
23/05/2025
10:25 MYT
Sponsor Banner
Tak Pernah Campur Urusan Peribadi Ibu, Anak Nora Ariffin Hanya Jadi Pendengar Setia Di Rumah - “Saya Percaya Apa Yang Ibu Buat Mesti…”
Anak kepada Datuk Nora Ariffin yang juga penyanyi Putri Dahlia memberitahu dia tidak mencampuri urusan peribadi ibunya terutama melibatkan kemelut rumah tangga penyanyi tersebut.
Menurut penyanyi berusia 21 tahun ini, dia yakin ibunya mampu membuat pilihan dan keputusan sendiri untuk menjalani kehidupan lebih gembira dan tenang.
“Saya sebenarnya tak baca komen dan tak terlibat. Saya fikir mereka adalah orang dewasa, boleh uruskan masalah sendiri. Sebagai anak, saya hanya menyokong apa yang mereka buat, tapi tidak terlibat dengan isu-isu itu.
“Saya percaya apa yang ibu buat kerana mesti ada sebab tersendiri, saya hanya beri sokongan dari jauh. Saya hanya nak ibu buat pilihan yang boleh buatkan dirinya gembira dan tenang.
“Saya hanya mahu ibu merasai ketenangan itu. Sekarang ini apa-apa saya percaya ibu pasti ada sebab dia tersendiri. Apa sahaja buat dia gembira, saya akan gembira,” katanya kepada Gempak.
Putri ditemui ketika majlis pelancaran lagu terbaharunya bersama Zaki Yamani berjudul Aku Ada di The Port Karoke, IOI Mall Puchong, Selangor pada Jumaat.
Dalam pada itu, Putri juga berkata dia juga selalu menjadi pendengar setia ibunya dan menganggap dirinya seperti seorang ‘pakar terapi’ ketika berada di rumah.
“Saya kadang-kadang boleh dianggap ‘pakar terapi’ di rumah. Dengan kawan-kawan pun saya akan cakap kalau ada masalah boleh jumpa saya sebab saya ini seorang yang ada empati.
“Kadang-kadang ibu pun ada datang berjumpa dan meluah masalahnya kepada saya. Saya bukan memberi nasihat, tapi hanya mendengar kerana mungkin mereka mahu untuk meluah sahaja.
“Saya memang rapat dengan ibu dan selalu dengar apa masalah dia, malah percaya dengan apa dia buat,” ujarnya.
Sebelum ini, Nora yang popular dengan lagu Di Persimpangan Dilema mengejutkan peminat apabila memfailkan permohonan perceraian terhadap Dr Rushdi selepas didakwa didesak pihak ketiga.
Pasangan itu bergelar suami isteri pada 2021, malah Rushdi adalah sahabat baik bekas suami Nora iaitu Allahyarham Johan Nawawi yang meninggal dunia pada 24 Mac 2017 akibat serangan jantung pada usia 52 tahun.
Topic Berkaitan
#Nora Ariffin
#Rumah tangga
#Putri Dahlia
Must-Watch Video