,
Berita

Mabuk & Kemalangan, Himchan B.A.P: "Saya Tahu Telah Membuat Banyak Orang Terluka"

Maliah Surip
28/10/2020
01:15 MYT
Hanya setelah sehari mengeluarkan single terkininya, mantan anggota B.A.P, Himchan memberi khabar buruk buat peminatnya.
Penyanyi itu dilaporkan telah mengalami kemalangan jalan raya pada Isnin (26/10/2020).
Apa yang menambahkan masalah terhadap insiden itu adalah Himchan didapati kemalangan kerana memandu dalam keadaan mabuk.
Malah bacaan kandungan alkohol di dalam badannya juga tinggi sehingga lesen memandunya boleh dimansuhkan oleh pihak berwajib.
Sehari setelah kemalangan, Himchan menuliskan sepucuk surat permohonan maaf terhadap insiden yang terjadi.
Dia mengaku telah memandu dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan kemalangan.
"Hi, ini Himchan. Pertama sekali saya ingin meminta maaf kepada semua peminat yang menerima berita buruk ini.
"Saya sekali lagi meminta maaf kerana telah menimbulkan kontroversi dengan insiden memandu secara mabuk sehingga menyebabkan kemalangan, semalam.
"Saya tahu telah membuat banyak orang yang terluka dengan sikap memalukan saya itu," katanya dalam kenyataan tersebut seperti dilaporkan Soompi.
Himchan malah berjanji akan memberi kerjasama penuh kepada pihak polis. Dia juga mengaku bahawa perlakuannya memandu semasa mabuk adalah tidak elok.
"Saya minta maaf sekali lagi. Memandu semasa mabuk adalah perbuatan yang tidak patut dilakukan. Saya mengambil sepenuhnya tanggungjawab terhadap apa yang telah terjadi," katanya lagi.
Menurut laporan media Korea Selatan, Himchan telah mengalami kemalangan di kawasan jalan Gangnam. Dia yang dikatakan mabuk teruk telah melanggar penghadang jalan. Bagaimanapun tiada sesiapa yang tercedera dalam kemalangan itu.
Terdahulu, pada tahun 2018, Himchan berhadapan dengan kontroversi melakukan gangguan seksual terhadap seorang wanita. Dia bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut. Kesnya kini masih berjalan di mahkamah dan Himchan dilaporkan akan memberi keterangan pada 18 November mendatang.
Kredit Foto: Soompi
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Tiga Maut, Enam Peserta Himpunan RXZ Cedera Kemalangan

gempak
16/09/2024
13:55 MYT
Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd. Khairi Khairuddin berkata, kemalangan melibatkan peserta Himpunan RXZ Members 6.0 itu dilaporkan berlaku di Marang, Kemaman dan Hulu Terengganu.
Berita

Terseret Bawah Treler, Peserta Himpunan RXZ Maut Elak Patung Penyu Di LPT2

gempak
15/09/2024
14:28 MYT
Gara-gara mengelak patung replika penyu yang terjatuh di atas lebuh raya, seorang peserta RXZ Members 6.0 maut dalam kemalangan di Kilometer 379.5 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) dekat Ajil menghala ke Bukit Besi, Terengganu pada Ahad.
Hiburan

Reedzwann Dedah Perbualan & Foto Terakhir Bersama Rakan Yang Maut Dalam Kemalangan – “Telinga Masih Terngiang Suara”

gempak
08/09/2024
05:55 MYT
Penyanyi dan komposer, Reedzwann tampil mendedahkan perbualan terakhirnya bersama rakan yang maut akibat kemalangan jalan raya di Lebuh Raya Utara-Selatan, Trolak, Tanjung Malim pada Sabtu.
Viral

Allahyarham Humaira Repost Hantaran Tentang Kematian 4 Hari Sebelum Maut Kemalangan

gempak
08/09/2024
04:25 MYT
Seakan-akan memberikan petanda awal, Allahyarham Humaira yang maut akibat kemalangan di Kilometer 363.8, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan dekat Trolak, pada Sabtu ada mengulang siar video TikTok berkaitan kematian beberapa hari lalu.
Berita

Penyanyi Reedzwann Terlibat Kemalangan, Rakan Maut

gempak
07/09/2024
07:22 MYT
Penyanyi Reedzwann, 23, terselamat selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dipandunya terlibat kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer 363.8, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan dekat Trolak, Perak pada Sabtu.