gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
VIRAL
“Saya Akui Khilaf” - Kieda Crepe Mohon Maaf & Dedah Pekerja Selamat dari Jangkitan Herpes
VIRAL
Harga Emas Menjunam, Rakyat Kelantan Tak Lepaskan Peluang Tambah Aset!
HIBURAN
Baim Wong Dapat Hak Asuh Anak, Paula : “Mama Sudah Sehabis Tenaga Memperjuangkan…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Katy Perry, Orlando Bloom Berpisah Lepas 7 Tahun Bercinta

Maliah Surip
Maliah Surip
26/06/2025
21:57 MYT
Sponsor Banner
Katy Perry, Orlando Bloom Berpisah Lepas 7 Tahun Bercinta
Bukan pertama kali malah sepanjang menjalin hubungan asmara, Katy Perry dan Orlanda Bloom sudah beberapa kali putus cinta.
Namun berita terbaharu yang dikongsikan satu sumber mengatakan perpisahan penyanyi dan aktor itu kali ini adalah yang ‘sebenar’.
“Perry dan Orlando sudah berpisah. Namun mereka memilih kekal bersahabat,” kata sumber seperti dilaporkan Us Weekly.
Sumber sama menambah, Perry sangat bersedih dengan perpisahan bersama Bloom. Sementelah mereka sudah tujuh tahun menjadi pasangan kekasih.
“Mereka tidak memikirkan untuk kembali bersama. Perry sangat sedih namun dia bersyukur kerana tidak perlu melalui sekali lagi episod perceraian yang telah membuat kehidupannya sangat teruk,” tambah sumber itu lagi.
Dilaporkan, hubungan Perry, 40, dan Bloom sudah berdepan masalah sejak beberapa bulan lalu.
Pasangan selebriti ini pertama kali menjalin hubungan romantis pada Januari 2016 selepas beberapa kali dilihat menghabiskan masa bersama usai acara Golden Globes. Mereka bagaimanapun berpisah pada Mac 2017 dan kembali bersama pada Februari 2018.
Bloom dan Perry kemudian bertunang pada Februari 2019 dan mengumumkan memiliki anak perempuan yang diberi nama Daisy pada Ogos 2020.
Topic Berkaitan
#Hollywood
#Katy Perry
#Tunang
#Berpisah
#Orlando Bloom
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement