,
Laman Utama

M Daud Kilau Dapat Elaun Bulanan RM350 JKM – “Terima Kasih, Saya Bersyukur Dengan Bantuan Diterima…”

Fiza Kamarudin
08/10/2020
10:51 MYT
Raja Gelek Malaysia, Datuk M Daud Kilau, 82, menerima bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bermula bulan hadapan.
M Daud berkata, bantuan itu dapat meringankan bebannya yang kini bergantung dengan ubat dan perlu membuat pemeriksaan kesihatan di Klinik Kesihatan Bagan Datuk dan Hospital Teluk Intan (HTI).
"Alhamdulillah, saya bersyukur dengan bantuan yang diterima. Saya hanya mampu mengucapkan ribuan terima kasih.
"Tak sangka rezeki datang begini dan bantuan ini meringankan beban. Ia memudahkan urusan ke klinik dan hospital untuk pemeriksaan kesihatan.
"Bukan sahaja bantuan daripada kerajaan negeri dan pihak lain, malah saya juga menerima bantuan daripada rakan dan persatuan artis. Terima kasih untuk semua, jasa kalian hanya Allah yang dapat membalasnya," katanya.
M Daud ditemui pada ziarah kebajikan Pengerusi Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin di rumahnya di Kampung Sungai Balai Baruh, Bagan Datuk, semalam.
Sementara itu, Wan Norashikin berkata, M Daud menerima bantuan bulanan JKM sebanyak RM350 di bawah skim Bantuan Orang Tua (BOT).
Katanya, mereka turut menyampaikan bantuan kewangan 'one-off' Tabung Bantuan Segera (TBS) bersama barangan keperluan.
"Kehadiran sahabat dan pemimpin yang datang memberi sokongan dan bertanya khabar memberi suntikan semangat dan keceriaan kepada beliau.
"Kami prihatin dengan keadaan M Daud dan berharap dengan bantuan ini dapat meringankan bebannya. JKM juga akan sentiasa memantau keadaan beliau," katanya.
Penyanyi lagu Cek Mek Molek itu kini semakin uzur apabila diuji dengan beberapa penyakit kronik sejak empat tahun lalu.
M Daud mempunyai penyakit kencing manis, jantung serta deria pendengaran beliau juga semakin kurang.
Penyanyi veteran legenda itu kebas kaki dan tangan serta sakit pinggang jika berdiri terlalu lama.
Sumber/Foto: BH Online
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Tanah Jerlus Masjid India: Keluarga Vijaya Lakshmi Terima Sumbangan Ihsan RM30,000

gempak
06/09/2024
09:25 MYT
Keluarga G Vijaya Lakshmi, rakyat India yang hilang dalam insiden tanah jerlus di Masjid India, Kuala Lumpur dua minggu lalu menerima sumbangan ihsan RM30,000 daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebelum berlepas ke tanah air mereka pada 1 September lalu.
Hiburan

Siti Nurhaliza Imbau Kenangan Bekerja Bersama Jay Jay – “Arwah Terkenal Dengan Sikap Ramah Dan Suka Bercerita Pengalaman”

gempak
05/08/2024
08:25 MYT
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza memaklumkan pihaknya menerusi Yayasan Nurjiwa menghulurkan sumbangan buat keluarga Allahyarham penyanyi legenda, Jay Jay baru-baru ini.
Berita

#JusticeforZaynRayyan: Adik Kepada Zayn Rayyan Masih Dijaga JKM, Ibu Bapa Dibenar Melawat Namun Bersyarat

gempak
18/07/2024
00:25 MYT
Berhubung sama ada ibu bapa kanak-kanak itu dibenar melawat, Azmir berkata, mereka mempunyai akses untuk berbuat demikian namun bersyarat.
Viral

Alif Teega, Aisyah Hijanah Nafi Terlibat Komisyen Derma 20% - "Malah Muka Kami Digunakan Tanpa Izin"

gempak
30/06/2024
15:49 MYT
Pempengaruh Islamik, Alif Teega akhirnya tampil bersuara susulan dakwaan dikaitkan dengan isu penyelewengan wang kutipan derma demi kepentingan peribadi.
Berita

#JusticeforZaynRayyan: JKM Akan Dapatkan Perintah Jagaan Sementara Adik Zayn Rayyan

gempak
14/06/2024
05:54 MYT
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan mendapatkan perintah jagaan sementara terhadap adik kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matin.