HIBURAN
Lucu! Ayda Jebat Kongsi Insiden Anak ‘Buang Hajat’ Dalam Kolam - “Berketul-Ketul Sayang!”
Penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat mencuit hati ramai apabila berkongsi satu video spontan memaparkan anaknya membuang air besar ketika berendam dalam kolam.
Menerusi perkongsian di Instagram, Ayda dilihat mengejutkan suaminya, Nabil Mahir yang sedang tidur untuk memaklumkan insiden tak terduga itu.
“Sayang, dedek berak dalam kolam. Nak buat camne ni? Berketul-ketul ni,” katanya sambil ketawa.@aydajebat Ketulan taik dalam kolam 😅🤣♬ Funny video "Carmen Prelude" Arranging weakness(836530) - yo suzuki(akisai)
Reaksi terkejut Nabil yang bingkas bangun dari tidur menambahkan lagi gelak tawa Ayda, sebelum penyanyi lagu Pencuri Hati itu menunjukkan najis anak mereka yang terapung dalam kolam tersebut.
“Guys, anak saya berak dalam kolam ini. Ya Allah… nak apa ni,” ujar Ayda sambil terus ketawa.
Walaupun wajah ‘si pelaku’ tidak dipaparkan, insiden itu nyata mengundang reaksi pelbagai dalam kalangan netizen yang rata-ratanya turut berkongsi pengalaman serupa.
“Budak-budak memang gitu. Kalau sembelit bagi je berendam, mesti poopoo.
“Nasib baik ketul-ketul. Kalau cair, tak ke berubah warna air tu.
“Auto aku mengekek weh… sebab kisahnya sama dengan anak aku dulu, berak dalam kolam juga, taik ketul-ketul,” komen beberapa netizen.
Ayda dan Nabil mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2021 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Ana Nayla, 3, dan Aali Mateen, 1.
Must-Watch Video