,
Laman Utama

Lucinta Luna Habiskan Masa Di Salun Kecantikan & Ajar Banduan Bersenam Ketika Dalam Penjara

Amri Hassan
12/03/2021
00:20 MYT
Penyanyi Indonesia, Lucinta Luna mendedahkan dia sempat memanjakan diri sepanjang ditahan di dalam penjara Lapas Pondok Bambu sejak setahun lalu akibat penyalahgunaan dadah.
BACA: Positif Dadah, Lucinta Luna Ditangkap Polis
Kata Lucinta, 31, untuk mengisi masanya sepanjang di penjara, dia diberikan tugasan untuk menyelenggara bahagian salun dan kecantikan.
"Di sana kemudahannya okey-okey, ada salun kecantikan. Keahlian aku salun, ya sudah ada bimbingan kerja aku, salun itu," katanya ketika ditemubual dalam rancangan Kopi Viral di Trans TV baru-baru ini.
Setiap hari kata Lucinta dia melakukan perawatan diri maka tidak hairanlah selepas keluar dari penjara, dirinya tetap senang.
"Aku setiap hari ke salun, creambath dan lulur untuk mengisi masa kosong selama setahun.
"Apalagi masa-masa aku mahu keluar, jadi mencantikkan diri dulu," tambahnya.
Selain mencantikkan diri, Lucinta juga diminta untuk menjadi jurulatih senaman kerana memiliki tubuh badan yang langsing.
"Ada olahraga juga, senam juga. Disebabkan tubuh badan aku langsung jadi aku dinobatkan sebagai jurulatih senam.
"Semua orang pada mulanya terkejut akhirnya senang dengan saya. 'Lucinta Luna ya ampun'.
"Terus kita salin bersembang, makan sama-sama ada tempat ibadahnya di sana. Ya, dunia baru," kata penyanyi yang pernah merakamkan lagu bersama Datuk Seri Aliff Syukri dan Nur Sajat itu.
Selepas dibebaskan, Lucinta akui masih merindui kenalannya di penjara namun berharap tidak dimasukkan lagi ke sana.
Malah, Lucinta turut mimpikan teman-temannya itu.
"Doakan tidak balik lagi ke sana. Kalian juga tolong doakan aku dengan hidup aku yang baru," ujar Lucinta lagi.
Sumber: Detik Hot
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Sean Diddy Tawar RM200 Juta & Rumah Lepas Jenayah Seks, Mahkamah Tetap Hantar Ke Penjara

gempak
19/09/2024
15:13 MYT
Mahkamah Persekutuan di Amerika Syarikat menolak Sean Diddy Combs diikat jamin meski rapper tersebut sanggup membayar sejumlah nilai yang besar agar dibebaskan.
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.