,
Laman Utama

Luca Sickta Nikah Penerbit Radio ERA Sabah

Fiza Kamarudin
03/03/2022
07:08 MYT
Penyanyi rap dan komposer Luca Sickta hari ini sah bergelar suami kepada penerbit radio ERA Sabah, Nur Robecca.
Foto pernikahan Luca Sickta atau nama sebenarnya Shameer Ashraf turut dikongsi di laman sosial Instagram @erasabah.
Difahamkan, majlis pernikahan berlangsung pagi tadi (Khamis), di sebuah masjid di Kota Kinabalu, Sabah.
Pasangan sama cantik sama padan itu kelihatan manis mengenakan baju kurung dan baju melayu sedondon serba putih.
Di ruangan komen di akaun Instagram Era, rata-rata rakan selebriti terkejut dengan berita pernikahan Luca.
Antara yang meninggalkan komen kepada Luca dan isteri ialah ZynAkal, Radin Era dan Sufian Suhaimi.
Gempak cuba mendapatkan maklumat lanjut mengenai pernikahan namun, pasangan mempelai gagal dihubungi.
Apapun tahniah daripada kami dan Gempak kepada Luca dan isteri. Selamat pengantin baru!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

40 Hari Berkahwin, Wanita Minta Cerai Sebab Suami Mandi Sekali Sebulan

gempak
19/09/2024
00:55 MYT
Seorang isteri memfailkan perceraian selepas 40 hari berkahwin kerana suaminya jarang mandi dalam kejadian di bandar Agra, India.
Hiburan

Komposer Ooi Eow Jin Meninggal Dunia

gempak
18/09/2024
11:16 MYT
Komposer dan pemuzik terkenal, Datuk Ooi Eow Jin meninggal dunia akibat sakit tua pada petang Rabu.
Hollywood

Charlie Puth Kahwin Kekasih Zaman Sekolah, Majlis Ringkas Di Rumah Keluarga

gempak
18/09/2024
06:55 MYT
Penerbit, penyanyi dan penulis lirik terkenal Charlie Puth berkongsi berita gembira apabila berkongsi butiran dan foto serta video perkahwinan bersama kekasihnya, Brooke Sansone.
Hiburan

Tenang Berdepan Kontroversi Melibatkan Perkahwinan Didakwa Tidak Sah, Angeline Tan Syukur Suami Beri Keyakinan - “Kami Menerima Banyak Panggilan & Mesej, Malah…”

gempak
12/09/2024
23:45 MYT
Dalam agama Islam, akad nikah adalah perkara yang wajib dilakukan untuk menjadi pasangan suami isteri. Namun, pernikahan antara Angeline Tan dan Sabri Yunus pernah menjadi isu suatu ketika dahulu.
Hiburan

Raline Shah Minta Ibu & Bapa Carikan Jodoh : “Saya Tinggal Pilih”

gempak
11/09/2024
14:50 MYT
Aktres Indonesia, Raline Shah terkenal bukan hanya kerana bakat lakonan tetapi kejelitaannya.