,
Berita

Lubang Benam: Hasil Penuh Siasatan Dalam Peringkat Akhir Penelitian

Awani
14/10/2024
12:55 MYT
Hasil penuh siasatan insiden lubang benam di Jalan Masjid India dan laporan penilaian geo teknikal di kawasan sekitarnya kini dalam peringkat akhir penelitian oleh pelbagai agensi termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa berkata kedua-dua laporan itu akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri dahulu sebelum sebarang keputusan diambil sama ada untuk mendedahkannya kepada umum.
"Kerajaan sentiasa komited terhadap ketelusan yang dijalankan dalam siasatan dan lebih-lebih lagi yang melibatkan keselamatan awam, justeru hasil penuh siasatan insiden lubang benam di Jalan Masjid India dan kawasan sekitarnya dalam peringkat akhir penelitian oleh pelbagai agensi dengan koordinasi antara Ketua Polis Daerah Dang Wangi dan DBKL.
"Laporan penilaian geo teknikal pula melibatkan penemuan hasil daripada penggunaan teknologi seperti Radar Menembusi Tanah (GPR) dan Ujian Graviti Mikro untuk pastikan kestabilan tanah di kawasan berisiko termasuk kawasan daerah pusat perniagaan (CBD) Kuala Lumpur dan kajian ini membantu dalam mengenal pasti sekiranya masih ada kawasan yang mungkin terdedah kepada masalah lubang benam pada masa akan datang," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat pada Isnin.
Beliau menjawab soalan tambahan P. Prabakaran (PH-Batu) yang ingin tahu kesediaan kerajaan dalam mendedahkan hasil penuh penyiasatan insiden lubang benam di Jalan Masjid India kepada umum.

BERITA TRENDING: Editor Video Astro AWANI Meninggal Dunia Kemalangan

BERITA TRENDING: Nahas Pelajar UiTM Dungun: Suami Pemandu Wanita Lega Permohonan Maaf Di Terima Baik

Pada 23 Ogos lepas, seorang wanita dikenali sebagai G. Vijaya Lakshmi berasal dari Kuppam, Andhra Pradesh, India hilang selepas terjatuh ke lubang sedalam lapan meter di Jalan Masjid India.
Menjawab soalan asal Prabakaran mengenai status keselamatan terkini susulan insiden itu, Dr Zaliha berkata berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Task Force Khas (Pasukan Petugas Khas) yang dipengerusikan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif mendapati Jalan Masjid India kini disahkan selamat untuk semua bentuk aktiviti.
Beliau berkata ia selepas mengambil kira pandangan kepakaran secara kolektif daripada pelbagai agensi termasuk PDRM, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG), serta pertubuhan profesional seperti Institusi Jurutera Malaysia (IEM) dan Pertubuhan Geoteknikal Malaysia (MGS).
"Beberapa tindakan segera langkah pendek telah dilaksanakan iaitu audit integriti aset utiliti yang telah dilaksanakan oleh syarikat-syarikat utiliti di kawasan CBD, termasuklah Jalan Masjid India dengan pemetaan dan ujian integriti bawah tanah dijalankan bagi mengesan sebarang kelemahan pada aset-aset lama.
"Selain itu penggunaan teknologi seperti kaedah GPR dan Mackintosh Probe (MP) digunakan untuk menyiasat struktur tanah dengan ujian geofizik seperti graviti mikro dan Ground Settlement Monitoring turut digunakan untuk mengesan sebarang pergerakan tanah atau lohong bawah tanah," katanya.
Bagi tindakan jangka panjang pula, Dr Zaliha berkata DBKL akan melaksanakan penyiasatan tanah mendalam melibatkan penggunaan teknik 'Deep Boring' serta ujian makmal untuk memastikan struktur tanah stabil, dengan laporan geoteknikal oleh jurutera bertauliah akan disediakan untuk kawasan dikenal pasti berisiko.

BERITA TRENDING: Kanak-Kanak Lelaki Maut DiBaham Buaya Di Lahad Datu

BERITA TRENDING: Ironman Langkawi: Syed Saddiq Cedera Langgar Pokok Tumbang

Mengenai pampasan kepada ahli keluarga mendiang Vijaya Lakshmi, Dr Zaliha berkata atas dasar keprihatinan, kerajaan melalui DBKL telah memberi sumbangan RM30,000 untuk membantu waris mangsa dalam meringankan beban mereka akibat tragedi itu.
"Keluarga mangsa juga menerima sumbangan daripada pihak swasta sebanyak RM10,000 yang merupakan tanggungjawab sosial untuk membantu keluarga mangsa trauma atas kehilangan orang tersayang.
"Menyentuh tentang pampasan, kerajaan tidak menghalang sekiranya keluarga mendiang mangsa hendak mengemukakan tuntutan melalui saluran perundangan terhadap agensi yang berkaitan," katanya.
Sumber: Astro Awani menerusi BERNAMA
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Pertarungan Sengit 10 Finalis, Elemen Kejutan Jadi Tumpuan… Ini Ramalan Siapa Yang Bakal Bergelar Juara

gempak
15/09/2024
06:55 MYT
Debaran semakin kencang! Pentas akhir Gimme The Mic Malaysia bakal berlangsung malam ini dengan menyaksikan 10 finalis bakal berentap menjadi yang terbaik.
Berita

Polis Sangkal Dakwaan Pelakon Wanita Siasatan Tidak Ikut SOP

gempak
08/09/2024
05:34 MYT
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyangkal dakwaan dibuat seorang pelakon wanita kononnya pihaknya gagal membuat siasatan terhadap 14 laporan dan menyifatkan ia sebagai tindakan yang tidak bertanggungjawab.
Viral

Nani Roslan Jadi Emosi Baca Komen Ibu Bapa Pertahankan ‘Abang Bas’ - “Berapa Ramai Rakyat Malaysia Yang Mempunyai Nafsu Terhadap…”

gempak
07/09/2024
01:55 MYT
Pempengaruh dan personaliti Nani Roslan meluahkan rasa berang apabila dia membaca komen reaksi segelintir ibu bapa menyokong video konten ‘Abang Bas’ yang tular di TikTok.
Terkini

Tanah Jerlus Masjid India: Lokasi Terus Jadi Tumpuan, Tular Hingga Ke Indonesia

gempak
02/09/2024
02:33 MYT
Seorang pelancong dari Indonesia, Effy Susanti Umar Said, 46, berkata, berita mengenai kejadian terbabit diketahui menerusi aplikasi TikTok yang tersebar secara meluas di negaranya.
Terkini

Tanah Jerlus Masjid India: Kakitangan Dari Syarikat Swasta Tiba Di Lokasi

gempak
31/08/2024
04:55 MYT
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita yang hilang dalam kejadian tanah jerlus di Jalan Masjid India di sini yang ditangguh awal pagi tadi disambung semula hari ini.
BorakSeeni