,
Hiburan

LPF Haram Tayangan Filem Hustlers Kerana Aksi Lucah Keterlaluan

Fiza Kamarudin
24/09/2019
03:32 MYT
Lembaga Penapis Filem (LPF) mengharamkan penayangan Hustlers kerana filem berkisahkan penari bogel di New York, Amerika Syarikat itu memaparkan terlalu banyak adegan lucah yang keterlaluan.
Pengerusinya, Mohd Zamberi Abdul Aziz, berkata, LPF tidak meluluskan tayangan filem dibintangi pelakon dan penyanyi terkenal Jennifer Lopez atau J Lo itu selepas mendapati ia tidak bersesuaian untuk dipaparkan dalam konteks Malaysia.
“LPF tak lulus sebab kandungannya mengandungi banyak aksi lucah keterlaluan.
“Keterlaluan di sini bermaksud sehingga menampakkan bahagian payu dara manakala lelaki, alat sulit mereka," katanya.
Kata Mohd Zamberi, Hustlers turut diharamkan kerana memaparkan aksi penari tiang yang mengghairahkan.
Dalam pada itu, Mohd Zamberi berkata, Hustlers juga dikhuatiri membawa pengaruh kepada penonton kerana memaparkan adegan penyalahgunaan dadah.
“Cara pemprosesan dan pengambilan dadah dibuat begitu terperinci,” katanya.
Diminta mengulas mengenai tarikh tayangan Hustlers yang telah diumumkan, Mohd Zamberi berkata pengedar mempromosikan filem itu terlebih dahulu sebelum menghantarnya untuk penapisan.
“Biasanya pengedar filem import akan iklankan terlalu awal sebelum hantar pada LPF, ini akibatnya. "LPF yang buat keputusan bukan pengedar, kita tapis, kalau boleh tayang, kita benarkan,” katanya.
Hustlers yang turut dibarisi pelakon popular seperti Constance Wu, Julia Stiles, Keke Palmer, Lili Reinhart, Lizzo dan Cardi Bi.
Ditulis dan diarahkan, Lorene Scafaria, naskhah bergenre jenayah-drama itu berdasarkan laporan wawancara pada 2015 daripada majalah New York Magazine berjudul The Hustlers at Scores, tulisan Jessica Pressler.
Sumber: Malaysia Kini
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.
Hollywood

Shakira Hentikan Persembahan Lepas Peminat Rakam Video Dari Bawah Dress

gempak
17/09/2024
15:55 MYT
Penyanyi Shakira menghentikan persembahan selepas berang dengan tindakan penonton yang merakam dirinya daripada bahagian bawah dress pendek berwarna coklat yang dipakainya.
Hollywood

Abang Mendiang Michael Jackson, Tito Meninggal Dunia Di Usia 70 Tahun

gempak
16/09/2024
21:00 MYT
Tito Jackson yang terkenal sebagai anggota Jackson 5 dilaporkan meninggal dunia pada usia 70 tahun.
Hollywood

Mariah Carey Memang Diva, Panjat Tembok Besar China Pakai Kasut Tinggi 5 Inci

gempak
15/09/2024
12:29 MYT
Great Wall of China atau Tembok Besar China menjadi destinasi pelancongan yang cukup ikonik untuk dilawati.
Hollywood

Sadis! Tak Sempat Lari Ratu Cantik Switzerland Maut, Suami Cekik & Blender Anggota Badan

gempak
14/09/2024
18:55 MYT
Hajat salah seorang finalis Ratu Switzerland, Jenazah Kristina Joksimovic untuk melarikan diri daripada suaminya tidak kesampaian apabila dibunuh lelaki tersebut.