,
Laman Utama

Love Sangat! Dirakamkan 10 Tahun Lalu, Datuk Syafinaz Selamat Kini Muncul Dengan Persis Salju

Mya Amri
07/04/2021
12:30 MYT
Penyanyi dan guru vokal terkenal Datuk Syafinaz Selamat muncul dengan single terbaharu berjudul Persis Salju.
Menurut Syafinaz, disebabkan kesibukan dan komitmen yang tinggi terhadap kerjanya, dia terpaksa menyimpan single Persis Salju selama 10 tahun.
“Kalau ikutkan perancangan, Persis Salju sepatutnya dikeluarkan tahun lalu. Namun disebabkan kita diuji dengan pandamik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) dilaksanakan, saya harus menunggu masa yang sesuai untuk melancarkannya.
“Kalau boleh saya mahukan yang terbaik untuk lagu itu. Saya pun dah hampir 20 tahun tidak muncul dengan lagu baharu, jadi hasilnya biarlah yang terbaik,” katanya kepada Gempak.
Mengulas mengenai perasaannya, Syafinaz akui berasa gementar.
“Rasa bercampur-baur. Seram bila difikirkan balik mengenai cabaran dalam dunia muzik hari ini. Saya lihat cara zaman dahulu dan kini amat berbeza dan saya harus mengikut trend terkini.
“Dah lama tak berdiri di atas pentas dan menyanyikan lagu baru, jujur saya katakan memang gementar,” ujarnya.
Persis Salju merupakan ciptaan KuSham dan lirik oleh Zaira.
Lagu bergenre balada ini juga sudah dirakamkan sejak 10 tahun lalu.
Kali terakhir Syafinaz muncul adalah dengan single berjudul Syyh bersempena album tribute Datuk Ahmad Nawab pada tahun 2001.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Malaysia4Palestin: “Saya Tak boleh Tidur, Menangis…” - Syafinaz Selamat

gempak
25/05/2024
12:25 MYT
Penyanyi, Datuk Syafinaz Selamat berkongsi perasaannya mengenai pergolakan yang berlaku di Palestin.
Hiburan

"Saya Tak Pernah Anggap Diri Saya Terbaik" - Misha Omar

gempak
10/03/2024
11:13 MYT
Misha Omar tampil dengan lagu Masihkan Ada Rasa Itu.
Gegar Vaganza All Star

All Stars Gegar Vaganza: "Jac Tak Try Hard Untuk Overshadow Sesiapa" - Syafinaz Selamat

gempak
11/12/2023
05:47 MYT
Well deserved!
Gegar Vaganza All Star

All Stars Gegar Vaganza: "Tak Perlu Kamu Scream Too Much" - Komen Syafinaz Untuk Azharina

gempak
03/12/2023
15:14 MYT
Nampak Azharina bersungguh-sungguh.
Gegar Vaganza All Star

All Stars Gegar Vaganza: Syafinaz Komen Zamani Kurang Tenaga, Tak Cukup Stamina

gempak
29/10/2023
13:58 MYT
Zamani tiada masalah kesihatan.