,
Laman Utama

Louis Vuitton Boleh Beroperasi Untuk Penghantaran - KPDNHEP

Amri Hassan
12/06/2021
02:20 MYT
Kerajaan mengesahkan outlet barangan mewah Louis Vuitton dibenarkan beroperasi semasa sekatan pergerakan penuh.
Bagaimanapun ia hanya dibenarkan untuk khidmat penghantaran, bukan kunjungan terus pelanggan ke kedai.
“Tiada pihak dibenarkan membuat kunjungan terus ke kedai selain perkhidmatan penghantaran untuk mengambil barang-barang yang ditempah pengguna,” menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) melalui Twitter semalam. Menurut kementerian, LV dibenarkan beroperasi kerana mempunyai platform e-dagang. Jelasnya, berdasarkan standard operasi piawai (SOP) Majlis Keselamatan negara, e-dagang dibenarkan menjual barangan penting dan tidak penting kerana ia menepati sekatan pergerakan awam, kecuali bagi pekerja penghantaran.
KPDNHEP menjelaskan perkara itu ketika menjawab pertanyaan pengguna Twitter sama ada kedai LV di Bukit Bintang dianggap produk penting kerana dibenarkan dibuka semasa sekatan pergerakan penuh.
Sementara itu, penjelasan kementerian bagaimanapun tidak memuaskan hati pengguna maya yang lain. Terdapat pihak yang tampil mempersoalkan kenapa penghantaran barangan itu tidak dilakukan di gudang.
Mereka juga mahu tahu sama ada penjual atas talian lain boleh beroperasi daripada kedai di pusat beli-belah.
E-dagang, untuk sebarang produk, salah satu daripada 17 sektor yang dibenarkan semasa sekatan pergerakan terbaru kerajaan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Terkini

Sami Malaysia Curi Barangan Berharga Di Kuil, Ditahan Di Tnhailand

gempak
23/11/2024
03:55 MYT
Seorang sami rakyat Malaysia ditahan di Chiang Rai, sebuah wilayah di utara Thailand, pada Khamis kerana disyaki mencuri barangan berharga daripada sebuah kuil Buddha, Wat Chet Yot di Wilayah Chiang Mai, menurut polis Thailand.
Unitar