,
Hiburan

Loque Tak Kejar Jumlah Tontonan Di YouTube Kerana…

Syafiqah Jalal
08/09/2020
10:06 MYT
Kumpulan Monoloque akui single terbaharunya Selamatkan Legasi yang dinyanyikan bersama Kimal Margasatwa dan Njwa itu bukan dicipta untuk arus perdana atau mainstream.
Sebaliknya ahli kumpulannya, Loque berkata mereka mahu menjadikan ia satu lagu ke peringkat yang lebih tinggi iaitu sebagai khazanah Melayu.
“Sebenarnya lagu ini kami peram dan ambil masa agak lama iaitu sejak tahun 2012 lagi ia sudah disiapkan.
“Apabila diperam selama 8 tahun, kami kemudiannya merombak semula susunan muzik sehinggakan kami merasa amanat untuk membawa lagu ini adalah ditakdirkan bersama-sama dengan Kimal dan Njwa.
“Uniknya lagu ini ia gabungan pelbagai muzik tradisional ke dalam lagu rock seperti kami ada rentak, joget, ghazal dan basic nya adalah gamelan.
“Mungkin orang dengar rasa pelik tapi bagi saya tiada apa yang hendak dikejar, kerana ia satu legasi bukan lagu untuk arus perdana tetapi lebih kepada satu khazanah atau artifkek yang biasa kita lihat di muzium,” katanya kepada Astro Gempak.
Lagu Selamatkan Legasi sudah merekodkan lebih 13,554 jumlah tontonan setakat artikel ini ditulis sejak ia dimainkan di laman YouTube bermula 30 Ogos lalu.
Berbanding muzik video yang tengah hangat diperkatakan serta mendapat jumlah tontonan tertinggi iaitu Peluang Kedua nyanyian Nabila Razali ft MK K-Clique sudah mencapai 10 juta tontonan dalam masa 10 hari.
Pun begitu, ahli kumpulannya, Loque akui mereka tidak mengejar jumlah tontonan di YouTube untuk lagu ciptaanya bersama penulis liriknya, Datuk Farid Jalal.
“Seperti yang saya kata tadi, lagu ini bukan lagu mainstream tapi saya percaya ia mempunyai peminatnya tersendiri dan jumlah tontonan yang kita dapat setakat ini saya rasa sudah cukup banyak.
“Untuk lagu Peluang Kedua itu, pada pendapat saya mereka mempunyai tarikan dari segi personaliti dan wajah yang terkini dan kena dengan lifestyle pendengar. Sebab itu banyak jumlah tontonan bukan sahaja mereka setakat mendengar. Mungkin ia menjadi gula-gula mata yang menarik untuk ditonton.
“Tarikan mereka kuat, tak boleh cakap apa. Bagi saya okay je sebaba itu memang sifat masyarakat kita.
“Saya tak nafikan saya juga mempunyai personaliti yang diminati tapi tidak seramai mereka,” jelasnya.
Selamatkan Legasi merupakan lagu yang dicipta khas untuk rakyat Malaysia sempena ulang tahun tahun kemerdekaan tanah air yang ke-63 dan Hari Malaysia.
Barisan monoloque pada tahun 2012 (monoloQue 2.0) diterajui oleh Loque, Loko, Dax, Ijoo “Gagak Hitam” dan Apex.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Hiburan

Ulul Azmi Lagu Nasyid Berdurasi 10 Minit, AWLA Bekerjasama Dengan Jenny Chin - "Muzik Ala Disney, Ada Sentuhan Timur Tengah"

gempak
17/09/2024
20:21 MYT
Kumpulan nasyid AWLA tampil dengan single terbaharu berjudul Ulul Azmi dengan durasi hampir 10 minit!
Berita

Remaja Maut, Doktor Bedah Berpandukan Tutorial Pembedahan Di YouTube

gempak
14/09/2024
07:25 MYT
Doktor dikenali sebagai Ajit Kumar Puri itu didakwa menggunakan tutorial melakukan prosedur membuang batu hempedu di YouTube ketika insiden pada minggu lalu.
Viral

Suami Isteri Tak Jadi Cerai Lepas Dengar Lagu Di Radio ERA - “Kami Dah Berbaik”

gempak
11/09/2024
14:25 MYT
Sepasang suami isteri membuat keputusan dengan memilih untuk tidak berpisah selepas mendengar lagu-lagu di radio ERA, baru-baru ini.
Artis

”Lagu Zaman Sekarang Kosong & Tiada Jiwa, Tak Macam Lagu…” Rahmat Mega

gempak
06/09/2024
11:55 MYT
Penyanyi, Rahmat Mega berpendapat kebanyakkan lagu pada masa kini bagaikan tidak mempunyai jiwa dan ‘rasa’.