,
Berita

London Bandar Paling Sesak Di Dunia, Kuala Lumpur Pun Masuk Senarai Guys!

Maliah Surip
11/01/2024
13:22 MYT
Jika warga Kuala Lumpur dan Selangor berasa jalan di seluruh bandaraya kini terlalu sesak, rasanya semua masih boleh menarik nafas lega.
Hal ini kerana mengikut data yang dikeluarkan oleh TomTom Traffic Index edisi ke-13, nama Malaysia memang ada dalam senarai negara dengan masalah kesesakan terburuk di dunia tetapi ia disifatkan tidak sebegitu kronik jika dibandingkan dengan 30 bandar yang menduduki tangga teratas.
Mengikut data yang mengumpul kesesakan terburuk dunia daripada 387 bandar di 55 negara sepanjang tahun lalu, London menduduki tangga pertama.
Data tersebut meletakkan perkiraan pemandu di kota London menghabiskan masa sehingga 37 minit hanya untuk pemanduan sejauh 10 kilometer setiap hari pada waktu puncak.
Menduduki tangga kedua trafik paling sesak di dunia adalah Dublin (Ireland) diikuti Toronto (Kanada) dan Milan (Itali) pada posisi keempat.
Selain empat bandaraya tersebut, India, Filipina, Indonesia, Jepun, Taiwan dan Perancis juga duduk dalam kelompok 30 negara paling sesak di dunia.

BERITA TRENDING: Kalahkan New York, Seoul & Bali, Kuala Lumpur Duduki Tangga Ke-6 Sebagai Banda Raya Paling…

Kuala Lumpur menduduki tangga ke 169 sebagai bandar tersesak di dunia dengan pemandu menghabiskan masa sekitar 16 minit untuk perjalanan berjarak 10 kilometer.
Sementara Oklohama di Amerika Syarikat menjadi bandar terakhir (nombor 387) paling sesak di dunia dengan masa pemanduan 8 minit 40 saat untuk jarak 10 kilometer.

PILIHAN PEMBACA: Kuala Lumpur Disenaraikan Dalam Top 100 Bandar Destinasi Dunia, Tewaskan San Francisco…

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Sukan

Terbuka China: Wei Chong-Kai Wun Tumbangkan Juara Dunia Dari Korea Selatan

gempak
19/09/2024
10:25 MYT
Beregu lelaki negara Man Wei Chong-Tee Kai Wun melakar kejutan apabila menumbangkan juara dunia dari Korea Selatan Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae di pusingan kedua Terbuka China 2024 pada Khamis.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.