HIBURAN
Liz McClarnon Atomic Kitten Hamil Usia 44, Tiga Kali Gagal IVF
Salah seorang anggota kumpulan Atomic Kitten, Liz McClarnon mengumumkan sedang hamil anak sulungnya pada usia 44 tahun.
Menerusi temu bual bersama The Mirror, McClarnon menceritakan susah senang perjuangannya untuk menjadi seorang ibu. Semuanya bermula selepas dia bertemu suami, Peter Cho pada 2021 dan mencuba kaedah IVF untuk mendapatkan zuriat.
Pada temu bual sama, hal yang membuat McClarnon teruja adalah ia merupakan kehamilan pertama yang berjaya selepas dua kali keguguran pada tahun 2024. Malah penyanyi itu mendedahkan dia juga pernah gagal membuat pemindahan telur mengikuti proses IVF banyak tiga kali yang kesemuanya tidak berjaya.
“Saya sudah menyerah pada percubaan pertama dan suami juga tidak memaksa. Dia kata ini adalah badan saya dan saya berhak terhadapnya. Namun pada saat sukar, saya banyak meluangkan masa bersama suami dan ibu serta bapa yang secara tidak langsung telah menyembuhkan luka saya,” dedahnya.
Kini McClarnon sangat teruja kerana telah memasuki trimester kedua kehamilan.
“Setelah beberapa tahun yang memeritkan dengan perjalanan IVF, kini saya hamil!” ujarnya di media sosial.
Menurutnya lagi dia seperti tidak percaya telah diberi kesempatan semula untuk hamil dan kelak bakal bergelar ibu.
Must-Watch Video