HIBURAN
Live Universe Umum Konsert K-Pop! (G)I-DLE & BamBam Bakal Datang Stadium Merdeka
Penganjur konsert terkemuka, Live Universe, mengumumkan acara K-Pop yang julung-julung kalinya menampilkan artis bertaraf antarabangsa iaitu (G)I-DLE dan anggota kumpulan GOT7, BamBam.
Konsert di Kuala Lumpur
Dijadualkan pada 14 Jun 2025 hadapan, bertempat di Stadium Merdeka, konsert ini bakal melakar sejarah apabila menjadi persembahan K-Pop pertama di lokasi bersejarah ini.Konsert ini juga bakal menjanjikan pengalaman muzik yang tidak mungkin dilupakan oleh para peminat.
“Sebagai tuan rumah kepada (G)I-DLE dan BamBam di Stadium Merdeka, acara ini bukanlah sekadar konsert, tetapi ia adalah pencapaian bersejarah yang akan dikenang untuk tempoh yang panjang,” ujar wakil Live Universe.“Kami berdedikasi untuk membawakan pengalaman yang tiada tandingan kepada peminat K-Pop di Malaysia.
#(G)I-DLE
Ditubuhkan pada 2018 di bawah Cube Entertainment, (G)I-DLE meraih populariti global dengan pantas, dengan gaya muzik mereka yang unik dan persembahan dinamik.Kumpulan ini terdiri daripada lima ahli berbakat, Miyeon, Minnie, Soyeon, Yuqi, dan Shuhua.
EP sulung mereka, I Am, yang menampilkan single hits "Latata", mendapat pujian antarabangsa, menduduki carta dan mengukuhkan kehadiran mereka dalam industri K-Pop.
Pelancaran berikutnya seperti I Trust dan I Never Die terus memperkukuhkan reputasi mereka, dengan lagu-lagu seperti "Oh My God" dan "Tomboy" berada di kedudukan teratas di carta-carta muzik.
Secara spesifik, "Tomboy" berjaya meraih tempat pertama dalam Carta Digital Gaon Korea
Selatan dan Billboard K-pop Hot 100.
Selain pencapaian muzik, (G)I-DLE juga diiktiraf atas sumbangan seni mereka, dengan I Never Die dipaparkan dalam majalah Time sebagai salah satu “The Best Albums of 2022.”
Pendekatan inovatif kumpulan ini dan daya tarikan global mereka telah mengumpul pengikut setia di peringkat antarabangsa.
#BamBam
BamBam merupakan artis berbakat serba boleh yang terkenal dengan kerjayanya sebagai rapper, penyanyi, dan penari.Mula mencipta nama apabila menyertai kumpulan lelaki Korea Selatan, GOT7, yang memulakan kerjaya pada tahun 2014 di bawah JYP Entertainment.
Sepanjang bersama GOT7, BamBam menjadi perhatian kerana keunikan gaya dan persembahan dinamik.
Pada Jun 2021, BamBam memulakan kerjaya solo dengan pelancaran EP sulungnya, riBBon.
Album yang mengandungi enam lagu ini mempamerkan kepelbagaian dan perkembangan seni beliau, di mana BamBam turut terlibat dalam penulisan dan penciptaan lagu.
Lagu utama, “riBBon”, adalah simbol kelahiran semula beliau sebagai artis solo, malah menerima ulasan positif kerana bunyi baharu dan arah kreatifnya.
Selain muzik, BamBam juga membuat kemajuan besar dalam industri fesyen.
Pada tahun 2017, BamBam melancarkan koleksi pakaian pertamanya, doubleB, dengan kerjasama
Represent untuk menyokong tujuan amal.
Pengaruhnya dalam dunia fesyen semakin dihargai apabila dilantik sebagai duta untuk Louis Vuitton pada Februari 2024.
Konsert Jun ini merupakan kemunculan kedua BamBam di Malaysia.
Sebelum ini BamBam pernah menghiburkan para peminat Malaysia dalam konsert BamBam THE 1ST WORLD TOUR [AREA 52] 2023-2024.
Lokasi Bersejarah untuk Acara Hebat
Stadium Merdeka, yang terkenal dengan seni bina ikonik dan kepentingan sejarahnya telah dipilih menjadi tuan rumah bagi konsert bersejarah ini.Berkapasiti tinggi serta kaya dengan nilai warisan, Stadium Merdeka adalah lokasi yang tiada tandingannya untuk acara hiburan langsung.
Kerjasama antara (G)I-DLE dan BamBam di tempat bersejarah ini dijangka melakar sejarah manis dalam sejarah K-Pop Malaysia.
Cabutan Bertuah Eksklusif untuk Pemegang Tiket
Live Universe membawakan cabutan bertuah eksklusif untuk pembeli tiket awal:Hadiah Toyota Vellfire: 10,000 pembeli pertama tiket CAT1, CAT2, atau CAT3 secara automatik berpeluang membawa pulang hadiah utama yang merupakan sebuah kenderaan mewah, Toyota Vellfire.
Hadiah iPhone 16: 10,000 pembeli pertama tiket CAT4, CAT5, atau CAT6 akan dimasukkan dalam cabutan berasingan, di mana lima (5) pemenang bertuah masing-masing akan menerima iPhone 16 terbaharu.
Pemenang akan diumumkan dan dihubungi terus oleh pihak penganjur pada hari konsert.
*Tertakluk kepada terma dan syarat*
Terhad kepada 10,000 pembeli pertama yang layak bagi setiap kategori tiket.
Info Jualan Tiket
Tiket-tiket untuk konsert ini akan dijual secara eksklusif di Ticket2U.com.my bermula 16 April 2025, jam 12 tengah hari.Peminat yang membeli tiket awal boleh menikmati tawaran istimewa early bird, menerima diskaun 10% ke atas harga tiket yang disenaraikan di bawah.
CAT 1 (BERDIRI): Belian Awal: RM988, Harga Biasa: RM1.098
CAT 2 (BERDIRI): Belian Awal: RM767, Harga Biasa: RM852
CAT 3 (BERDIRI): Belian Awal: RM603, Harga Biasa: RM670
CAT 4 (TIDAK BERNOMBOR- KAWASAN BUMBUNG): Belian Awal: RM500, Harga Biasa: RM556
CAT 5 (TIDAK BERNOMBOR): Belian Awal: RM367, Harga Biasa: RM408
CAT 6 (TIDAK BERNOMBOR): Belian Awal: RM265, Harga Biasa: RM294
Must-Watch Video