,
Viral

Live Bersama Datuk Red, Ibu Neelofa Berjaya Raih Sales Cecah RM100,000!

Izwan Isa
05/04/2024
03:55 MYT
Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, perihal rumah tangga Datuk Red kerap menjadi bualan.
Merupakan antara individu terkenal yang berkahwin dua, rumah tangga Datuk Red dilihat semakin goyah apabila kedua-dua isteri, Datin Red dan penyanyi Adira Suhaimi memfailkan perceraian terhadap dirinya.
Masih dalam proses yang menentukan status perkahwinan mereka di mahkamah, Datuk Red juga pernah mendedahkan yang dirinya sudah jatuh muflis.

Kolaborasi dengan ibu Neelofa

Selepas pendedahan berkenaan, pelbagai undangan diterima oleh Datuk Red. Selepas Jakel, usahawan Noor Kartini pula berkolaborasi dengan Datuk Red untuk bersiaran langsung bersama di Instagram.
“Alhamdulillah berkesempatan live dengan Datuk Red semalam (kelmarin).
“Alhamdulillah sales semalam live dengan Datuk Red mencecah RM100 ribu lebih. Terima kasih Datuk Red sudi live dengan Mama, Mama doakan yang baik-baik untuk Datuk,” tulisnya.
Meninjau ruangan komen, ramai dalam kalangan netizen memberikan respons positif terhadap undangan siaran langsung berkenaan.

Netizen beri respons positif

“Masya-Allah… murah rezeki Datuk Red, masih ramai rakyat Malaysia yang concern dalam hal macam ni. Sayu pula tengok.”
“Rezeki setiap orang berbeza. Senang betul Datuk dapat job bila dia rendahkan ego dia. Aku ni dah habis ego, pun tak dapat job.”
Sementara itu, pelakon Fasha Sandha turut memberikan komen terhadap hantaran yang dibuat Kartini.
“Mulia hari mama. Semua orang sayang mama,” tulisnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas Tular Video Minta Job, Datuk Red Kini Jadi ‘Model’ Baju Raya Jakel!

ARTIKEL BERKAITAN: Abang Tesla Mahu Bantu Datuk Red Bina Perniagaan & Langsaikan Hutang - “Saya Terpanggil…”

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Gimik Bagi Cincin, Adira Nafi Dakwaan Mempermainkan Isu Rumah Tangga - “Cukuplah Hanya Saya & Abang Red Sahaja Tahu”

gempak
19/09/2024
23:55 MYT
Penyanyi, Adira Suhaimi menafikan dakwaan mempermainkan isu rumah tangga bersama bekas suaminya iaitu usahawan yang kini dipanggil Abang Red.
Hiburan

Adira Suhaimi Anggap Fazura Sama Seperti Dirinya - “Dia Macam Saya Tak Tunjuk…”

gempak
18/09/2024
04:55 MYT
Pernah berdepan isu melibatkan rumah tangga, penyanyi Adira Suhaimi menyifatkan dirinya sama seperti pelakon Fazura yang tidak gemar menunjukkan sebarang tanda sedang menghadapi masalah kepada umum.
Hiburan

Baggio Damasutra Seronok Buat Live Di TikTok, Nafi Terdesak Tiada ‘Job’ - "Saya Masih Aktif..”

gempak
08/09/2024
23:55 MYT
Sering bergiat aktif melakukan siaran langsung di TikTok, vokalis Damasutra, Baggio menafikan dirinya terdesak susulan didakwa tiada tawaran pekerjaan.
Hiburan

“Saya Buat Live TikTok Hari-Hari, Ramai Yang Maki Hamun” - Noraniza Idris

gempak
05/09/2024
07:55 MYT
Penyanyi Noraniza Idris mendedahkan jualan tiket konsert Qalam Noraniza Idris terjejas gara-gara kontroversi penarikan diri bekas pengarah persembahan dan penulis skrip konsert tersebut.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Syamel Amzah Dedah Punca Menangis Di TikTok Live – “Andai Kata Bukan Rezeki Saya…”

gempak
02/09/2024
13:55 MYT
Peserta Syamel Amzah mendedahkan punca dia menangis ketika sesi siaran langsung (Live) di TikTok baru-baru ini.