,
Laman Utama

#ListenToAided: Tiada Yang Lama, Yang Baru Pun Tak Ada! Ini Lima Lagu Lama Yang Masih Power Sehingga Kini!

Asraf Aided
16/12/2021
12:40 MYT
Tiada lama, tiadalah yang baru, mungkin ungkapan ini sudah kedengaran klise, tapi ia memang satu kebenaran dalam kehidupan.
Begitu juga dalam industri hiburan, kita sudah menyaksikan pelbagai nama dan karya besar dari zaman-zaman terdahulu hinggalah bintang-bintang berbakat pada zaman ini.
Jika tiada orang lama, sudah tentu kita tidak dapat mencontohi kejayaan mereka atau menteladani apa yang telah berlaku. Justeru, bintang-bintang terdahulu haruslah sentiasa dikenang tanpa membiarkan nama mereka ditenggelami oleh generasi terbaru.
Dalam #ListenToAided kali ini, jom imbas lima lagu lama yang terkenal dan masih 'menyegat' hingga kini.
Cek Mek Molek - Datuk M Daud Kilau
Siapa sahaja yang tidak mengenali penyanyi veteran, 'Raja Gelek' Datuk M Daud Kilau.
Cek Mek Molek merupakan salah satu daripada lagu hit beliau yang terkenal dan masih ramai yang tahu menyanyi lagu ini sehingga kini.
Cek Mek Molek dimuatkan dalam album beliau berjudul Cubit Cubit Sayang pada sekitar tahun 1978.
Seiring Sejalan - Datuk Sharifah Aini & Broery Marantika
Lagu ini juga tidak kurang hebat penangannya. Dilancarkan pada tahun 1976, lagu duet biduanita tanah air, Datuk Sharifah Aini dan penyanyi seberang, Broery Marantika ini digubah Datuk Ahmad Nawab dan liriknya ditulis oleh Broery sendiri.
Seiring Sejalan dimuatkan dalam album Sharifah Aini berjudul Hapuslah Airmatamu pada tahun 1976.
Budi Setahun Segunung Intan - Ahmad Jais & Kartina Dahari
Budi Setahun Segunung Intan nyanyian Ahmad Jais dan Kartina Dahari ini juga masih kerap kita dengar dimainkan di majlis-majlis kahwin dan sebagainya.
Antara yang diingati penulis, Allahyarham Mamat Khalid juga menampilkan lagu ini dalam salah satu babak filem terkenalnya, Man Laksa.
Pada tahun 2014, Universal Music Malaysia mengeluarkan album Terlajak Laris 70'an yang menampilkan lagu ini bersama Rindu Bayangan dari Carefree, Hatiku Luka Lagi nyanyian Black Dog Bone dan banyak lagi.
Kenang Daku Dalam Doamu - Tan Sri SM Salim
Lagu ini merupakan salah satu kegemaran penulis. Kenang Daku Dalam Doamu nyanyian biduan negara, Tan Sri SM Salim merupakan ciptaan Mohd Wan Yet dan M. Bakri.
Lagu ini memberitahu, sungguhpun sudah berpisah, namun si lelaki sentiasa mendoakan kebahagiaan si dia dan turut memohon agar turut mengenang dirinya ketika berdoa.
Sekadar Di Pinggiran - Francissca Peter
Lagu nyanyian penyanyi senior berbakat Francissca Peter ini mencipta sejarah sebagai lagu pertama menjuarai acara berprestij Anugerah Juara Lagu pada tahun 1986.
Sekadar Di Pinggiran merupakan ciptaan Manan Ngah dan Lukhman S.
Demikianlah lima lagu-lagu lama yang masih evergreen dan tidak lapuk didengar sehingga kini.
Apapun, kepada bintang-bintang yang telah pergi, sama-sama kita doakan kesejahteraan mereka di alam sana.
Semoga kita diberi waktu dan peluang untuk bertemu dalam #ListenToAided minggu hadapan, Insya-Allah.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Charlie Puth Kahwin Kekasih Zaman Sekolah, Majlis Ringkas Di Rumah Keluarga

gempak
18/09/2024
06:55 MYT
Penerbit, penyanyi dan penulis lirik terkenal Charlie Puth berkongsi berita gembira apabila berkongsi butiran dan foto serta video perkahwinan bersama kekasihnya, Brooke Sansone.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Ameerais Bangga, Anggap Pencapaian Paling Jauh Sepanjang 14 Tahun Dalam Karier Nyanyian – “Saya Tunjuk Pada Semua Saya Boleh Menyanyi”

gempak
17/09/2024
02:55 MYT
Penyanyi Ameerais menyifatkan perjalanannya di Gimme The Mic Malaysia adalah pencapaian tertinggi dalam kariernya sepanjang 14 tahun dalam industri seni.
Hiburan

30 Tahun Dalam Industri Muzik, Nora Ariffin Syukur Impian Adakan Konsert Solo Tercapai - “Hampir Mengalah…”

gempak
14/09/2024
15:55 MYT
Penyanyi, Datuk Nora Ariffin menzahirkan rasa syukur apabila impiannya untuk menjalankan konsert tercapai setelah 30 tahun berada dalam industri muzik tanah air.
Hiburan

Kagum Dengan Ciptaan Allah SWT, Alif Satar Sentuh Hati Netizen Dengan Nasihat - “Dia Tak Perlukan Kita, Kita Perlukan Dia”

gempak
11/09/2024
05:55 MYT
Pelakon dan penyanyi, Alif Satar berkongsi hantaran bermakna mengingatkan orang ramai terhadap kebesaran Allah SWT.
Hiburan

"Ya Allah Sedihnya" - Khai Bahar Peluk Kartina Aziz Sampai Alir Air Mata, Reaksi Netizen Bercampur-Baur!

gempak
11/09/2024
00:55 MYT
Tular di media sosial sebuah video yang memaparkan penyanyi Khai Bahar memeluk erat pelakon legenda, Kartina Aziz baru-baru ini.