,
Laman Utama

#ListenToAided: Orang Tengok Pertandingan Menyanyi Sebab Mahu Lihat Drama? Ini Pendapat M. Nasir...

Asraf Aided
13/01/2022
14:40 MYT
Tidak dinafikan, program televisyen (TV) yang berkonsepkan pertandingan nyanyian sememangnya digemari ramai.
Selain menyaksikan persembahan, kita juga dapat melihat pelbagai hal lain yang dipaparkan seperti cerita-cerita eksklusif para peserta, cabaran yang mereka lalui dan macam-macam lagi, terutamanya jika program itu disiarkan secara langsung di kaca TV.
Baru-baru ini, sifu muzik tanah air, Datuk M. Nasir berkongsi pendapatnya tentang tren pertandingan nyanyian di TV dan apa yang disukai oleh para penonton.
Menurut penyanyi lagu Nusantara itu, orang ramai lebih menyukai pertandingan nyanyian di TV berbanding konsert hiburan biasa kerana mahu melihat baik buruk persembahan penyanyi, tidak kurang juga drama yang berlaku.
"Kalau kita perhatikan di TV, sudah tidak ada sangat program yang semata-mata menunjukkan penyanyi yang menyanyi semata-mata, melainkan pertandingan. Begitu juga dengan program TV di luar negara, seluruh dunia pun lebih kurang begitu.
"Dalam pertandingan, orang mahu tengok dari segi drama dan juga baik buruk seseorang penyanyi itu.
"Kalau kita lihat Gegar Vaganza sebagai contoh, kita dah tahu penyanyi mana yang boleh menyanyi, tapi kita tetap mahu lihat mereka dalam pertandingan itu," katanya.
Selain perihal program nyanyian, M. Nasir juga mendedahkan bahawa industri muzik mula terganggu sejak munculnya zaman penghasilan video klip lagi.
Menurutnya, populariti sesebuah lagu sebelum itu bergantung kuat kepada pasaran menerusi radio.
"Industri muzik sebenarnya dah mula jatuh sejak munculnya video klip lagi. Zaman sebelum munculnya video klip, radio memang memainkan peranan besar.
"Dahulu, lagu yang popular di radio, itulah yang popular walaupun orang tak nampak sangat penyanyinya. Tapi sejak kemunculan video klip, ianya sudah berbeza," katanya lagi.
Bagaimanapun, penyanyi lagu Sentuhan Listrikmu itu menerima perkembangan teknologi yang mencetuskan perubahan.
"Apa yang kita boleh buat kerana perkara ini berlaku disebabkan perubahan teknologi," tambahnya.
Semoga kita bertemu lagi dalam #ListenToAided minggu hadapan!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

M. Nasir Terima Ijazah Terhormat Doktor Falsafah Persembahan Sempena Konvokesyen UPSI Ke-26

gempak
23/11/2024
04:50 MYT
Penyanyi yang juga komposer profilik, Datuk M. Nasir dan vokalis kumpulan Lefthanded, Datuk Nash bakal menerima ijazah masing-masing sempena Konvokesyen Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ke-26 bermula Sabtu.
Hiburan

“Dulu Orang Tak Terima Bakat Saya Sebab Tak Cantik & Gemuk” - Nadeera Kenang 13 Tahun Perjalanan Karier Seni, Syukur Sekarang Ramai ‘Buka Mata’

gempak
20/11/2024
01:30 MYT
Penyanyi Nadeera mengakui terkenangkan perit jerih perjalanan karier seninya 13 tahun lalu yang tidak diterima sesetengah pihak gara-gara sering dicerca.
Hiburan

Lagu Sejarah Buah Tangan Istimewa Siti Nurhaliza Usai Dinobat Biduanita Negara, Singkap Perjalanan Seni Hampir 30 Tahun– “Pada Mulanya Nak Masukkan Dalam Album Tetapi…”

gempak
14/11/2024
03:50 MYT
Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengakui teruja apabila melancarkan single terbaharunya yang berjudul Sejarah usai menerima penganugerahan Anugerah Khas Biduanita Negara sempena Anugerah Seni Negara 2024 (ASN2024), malam tadi.
Hiburan

8 Artis Popular Malaysia & Indonesia Kongsi Pentas Untuk Nyalafest 2024! - "Persembahan Noh Salleh x Restoe Iboe Akan Beri Kejutan"

gempak
13/11/2024
07:04 MYT
Bukan sekadar konsert, festival muzik, Nyalafest 2024 bakal menggabungkan lapan artis terkenal dari dua negara, Malaysia dan Indonesia dalam satu pentas di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada 30 November ini.
Hiburan

Mahu Kerjaya Kiki Fateha Berterusan Dalam Industri Muzik, Aepul Roza Bakal Hadiahkan Lagu Duet - “Saya Mahu Hubungan Bersama Kiki Akan…”

gempak
10/11/2024
13:55 MYT
Penyanyi Aepul Roza mendedahkan dia kini dalam proses untuk menyiapkan sebuah lagu duet bersama juara The Chosen One 2024 iaitu Kiki Fateha.
Unitar