,
Laman Utama

Lirabica Dihalau Jiran, Didakwa Goda Suami Orang - "Saya Diserang Sekumpulan Wanita Yang ..."

Amri Hassan
10/04/2023
07:55 MYT
Usianya masih muda tetapi semangat dan iltizam wanita yang satu ini untuk terjun ke dalam bidang politik begitu membara membuatkan Lirabica mengenepikan segala ketakutan demi sebuah perjuangan.
Pun begitu meskipun namanya semakin dikenali sebagai seorang ahli politik muda, dia juga mahu menerjah bidang seni apabila melancarkan lagu Persekusi baru-baru ini.
Wanita yang berusia 28 tahun ini tidak menganggap usianya itu sebagai sesuatu yang terlewat memandangkan sesiapa sahaja boleh berkarya dan diterima baik oleh peminat sekiranya mereka benar-benar berbakat.
Lirabica atau lebih mesra dipanggil sebagai Lira berkata, dia gembira dapat berkunjung ke Kuala Lumpur baru-baru ini bagi bertemu rakan-rakan selain mempromosikan Persekusi kepada semua.
“Persekusi adalah karya lagu yang dicipta oleh saya bersama dengan Ricky Soneta 2. Ia bukan lagu dangdut, sebaliknya Persekusi sebuah naskhah bergenre pop.
“Kenapa saya memilih muzik rancak adalah kerana lagu ini bakal digunakan ketika saya berkempen pada Pemilu 2024. Orang Indonesia suka bergoyang, jika saya menyanyikan lagu berentak balada tentunya kurang sesuai digunakan untuk berkempen.
“Bagi saya, tiada istilah soal terlambat kerana setiap apa yang dilakukan adalah proses pembelajaran. Saya juga tidak suka mensia-siakan waktu, jadi inilah kesempatan yang harus diambil,” katanya.

Lagu rancak untuk kempen politik

Bakal mewakili Parti Golkar sempena Pilihanraya Umum 2024 (Pemilu 2024), dia mahu menggunakan lagu berkenaan sebagai daya penarik seterusnya mahu diterima baik oleh kawasan yang bakal diwakilinya nanti.
Imbas Lira lagi, dia sebenarnya hampir merakamkan lagu dengan sebuah syarikat muzik di Malaysia, tetapi kemudiannya terpaksa membatalkan hasrat kerana memilih untuk menyudahkan pengajiannya di peringkat sarjana muda pada 2015.
Selepas lapan tahun berlalu, wanita yang pernah bergelar Miss Earth 2019 optimis yang dia mahu berjaya di dalam kedua-dua bidang sekali gus sama seperti rakan-rakan artis yang lain.

Diserang isteri orang, dihalau jiran

Berkongsi lagu Persekusi atau membawa maksud pendakwaan dalam bahasa Malaysia, karya ini ada kena mengena dengan pengalaman tidak menyeronokkan dialami wanita itu hampir dua tahun lalu.
Lira yang masih lagi solo melalui pengalaman hitam apabila diganggu jiran tetangganya yang bergelar suami orang ketika melakukan aktiviti riadah. Akibatnya, dia diserang kaum ibu yang tidak berpuas hati dengannya kerana dituduh cuba menggoda suami mereka.
Semuanya mungkin kerana statusnya masih solo, maka diganggu oleh lelaki hidung belang sedangkan dia sentiasa menjaga cara pemakaian dan segala sudut untuk mengelakkan sebarang masalah.
“Kes itu masih lagi berjalan di mahkamah. Saya diserang oleh kaum ibu di kawasan kediaman saya kerana tidak berpuas hati apabila suami mereka mengganggu saya, sedangkan saya tidak berbuat apa-apa.
“Mereka menghalau saya daripada tinggal di situ, tetapi saya tidak mempedulikan ugutan mereka. Jadi, saya membuat laporan polis dan membawa kes ke mahkamah bagi mengelakkan mereka terus mengganggu saya lagi.
“Dari pengalaman itu, maka terhasilnya lirik lagu Persekusi yang bukan sahaja ditujukan buat mereka yang mengganggu dan menyerang saya, tetapi lagu ini juga menyuntik semangat buat wanita yang menjadi mangsa, tak kira untuk kes apa sekali,” jelas Lira lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.