,
Filem

Lima Filem Dengan Plot Twist Mindblowing, Yang Last Tu Memang Fuh, Nervous!

Gempak
16/06/2024
15:53 MYT
Tidak dinafikan filem yang mempunyai jalan cerita menarik akan menjadikan naskhah itu digemari oleh pencinta filem.
Semasa menonton filem, sudah pasti penonton akan cuba membayangkan bagaimana pengakhiran kisah yang ditonton.
Sebab itu filem yang mempunyai plot twist terbaik adalah menarik untuk ditonton.

Ini antara lima filem yang plot twist menjadi sebutan ramai dan penuh kejutan.

1. Parasite
Filem dari Korea ini menjadi tular di media sosial selepas ditayangkan.
Tidak salah bila orang-orang yang sudah menonton Parasite menobatkan filem ini sebagai sebuah ‘masterpiece’.
Disutradarai oleh Bong Joon-ho, filem yang memiliki banyak subteks tentang ‘privilege’ dan kelas sosial ini meraih banyak sekali penghargaan bergengsi seperti Palme D’Or Cannes 2019, Boston Online Film Critics Association 2019, dan masih banyak lagi.
Tidak mengherankan, karena sepanjang film para penonton akan dikejutkan oleh plot twist demi plot twist yang tidak pernah terduga.

BERITA TRENDING: Terpaksa Kurus, Jadi Emotional, Ini Yang Dilalui Choi Woo Shik Untuk Parasite

Parasite mengisahkan tentang sebuah keluarga Kim yang miskin dan melakukan penipuan dengan cara menyamar sebagai individu-individu tanpa sebarang pertalian serta berkelayakan untuk menjadi pembantu rumah kepada sebuah keluarga golongan atasan.
Selepas keluarga Kim berjaya memasuki dalam keluarga kaya (keluarga Park) mereka kemudiannya mendapati ada banyak rahsia melibatkan keluarga tersebut sehingga berakhir dengan peristiwa pembunuhan yang sadis.
Selepas peristiwa itu, keluarga Park telah pindah dari rumah tersebut dan keluarga Kim pula berpecah belah.
Anak perempuan keluarga Kim telah meninggal dunia manakala bapanya pula hilang tanpa jejak.
Bagaimanapun plot twist tidak diduga muncul pada penghujung filem di mana ternyata sang bapa tidak pernah menghilang sebaliknya bersembunyi di bawah loteng rumah orang kaya berkenaan.
Parasite memenangi empat trofi Oskar dan mengukir sejarah apabila menjadi filem pertama bukan berbahasa Inggeris memenangi trofi utama, Filem Terbaik sejak ia diperkenalkan pada 1929.
2. Polis Evo
Filem pecah panggung pada tahun 2016 iaitu Polis Evo ini antara karakter yang memberikan kejutan atau plot twist adalah Mat Yam lakonan pelakon hebat Amerul Affendi.
Lakonan mantapnya mendapat sambutan hangat penonton sehingga ada yang menyatakan rasa tidak puas melihat lakonannya.
Siapa sangka, Amerul yang pada asalnya menerima tawaran watak sebagai seorang lelaki siam kemudian secara last minute ditukarkan kepada katakter seorang lelaki lembut di lokasi pengambaran.
Jangan disangka watak lembut itu tidak membawa sebarang makna, rupanya Mat Yam adalah antara plot twist dalam filem berkenaan.
Polis Evi merupakan filem aksi komedi Malaysia arahan Ghaz Abu Bakar manakala lakon layarnya pula oleh Joel Soh, Kyle Goonting, Anwari Ashraf dan Adib Zaini.
Polis Evo terbitan Astro Shaw ini merupakan filem pertama dalam siri Polis Evo.
Filem ini mengisahkan tentang dua anggota polis berpangkat inspektor iaitu Inspektor Khai (Shaheizy Sam) dan Inspektor Sani (Zizan Razak) yang mempunyai perwatakan berbeza.
Namun mereka harus bekerjasama untuk menumpaskan sindiket operasi pengedaran dadah.
3. Misteri Dilaila
Filem misteri thriller arahan Syafiq Yusof iaitu Misteri Dilaila boleh dikatakan antara naskhah unik yang dipersembahkan.
Apa yang uniknya tentang filem lakonan Zul Ariffin dan Elizabeth Tan ini adalah kerana ia mempunyai dua pengakhkiran berbeza.
Buat julung kalinya di Malaysia, Astro Shaw dan Skop Productions berganding menampilkan sebuah filem yang memberikan penonton kuasa untuk memilih kesudahan filem itu.
Bahkan bagi mereka yang sudah menonton, rata-ratanya terjebak dengan plot twist filem ini sehingga ada yang tampil dengan beberapa teori sendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: Versi Satu Atau Versi Dua? Pengakhiran Filem 'Misteri Dilaila' Buat Netizen Teruja

Misteri Dilaila mengisahkan pasangan suami isteri, Jefri (Zul Ariffin) dan Dilaila (Elizabeth) bercuti di sebuah banglo di Bukit Fraser.
Malam pertama, Jefri diganggu dengan kejadian aneh. Keesokannya, Jefri mendapati Isterinya hilang.
Imam Aziz (Namron) muncul dengan memberitahu, isterinya sudah ditemui dalam keadaan selamat.
Jefri bagaimanapun terkejut wanita yang muncul bersama Imam Aziz bukan isterinya. Wanita itu mengakui dirinya Dilaila.
Persoalan mula bermain di fikiran, siapa betul dan salah dalam situasi berkenaan. Mampukah Jefri merungkai misteri kehilangan Dilaila?
4. Pusaka
Filem arahan Razaisyam Rashid iaitu Pusaka berjaya meraih kutipan sebanyak RM12.5 juta dalam masa 25 hari tayangan.
Filem Pusaka merupakan karya terbaru terbitan Astro Shaw dengan kerjasama Director's Think Thank dan dipersembahkan oleh produksi Alpha 47.
Filem ini menampilkan pelakon hebat seperti seperti Syafiq Kyle, Mimi Lana, Fauziah Datuk Ahmad Daud, Faizal Hussein, Sweet Qismina, Hafidz Roshdi, Aleza Shadan, Yuna Rahim dan ramai lagi.
Pusana mengisahkan tentang Balqis dan Qistina iaitu sepasang kembar perempuan yang ditemui oleh Inspektor Nuar dalam sebuah rumah kosong.
Apa yang menimbulkan keraguan adalah kedua-dua mereka telah dikurung secara misteri.
Bagaimanapun, selepas penemuan itu, pegawai polis yang cekap itu kini perlu segera menyelesaikan misteri di sebalik kembar tersebut kerana dia bukan sahaja diganggu pelbagai kejadian aneh selepas menjumpai mereka, malah setiap orang yang berkait dengan kes itu juga mula mati seorang demi seorang.
5. The Experts
Filem pecah panggung ini mengisahkan Farid lakonan Datuk Aaron Aziz berserta adik-adiknya iaitu Amer (Remy Ishak), Lan (Ray Dap Dap), Emma (Mimi Lana) dan Keyrol (Syafiq Kyle) kembali bersatu selepas menerima satu ugutan.
Mereka mendapat arahan daripada gangster paling berbahaya untuk melakukan satu lagi rompakan terbesar berisiko tinggi.
Dalam pada itu, mereka masih dibayangi dendam lama daripada tragedi keluarga serta sejarah kejahatan lampau.
Bagaimana mereka harus berdepan musuh dan melindungi keluarga? Adakah misi rompakan ini akan menjadi kali terakhir untuk lima adik beradik ini bersama?

BERITA TRENDING: Ini 5 Karya Kisah Adik-Beradik Paling Ikonik Yang Wajib Anda Tonton!

BERITA TRENDING: Digandingkan Sebagai Abang & Adik Dalam Filem ‘The Experts’, Aaron Aziz Dedah Sisi Lain Syafiq Kyle - “Dia Seorang Yang…”

BERITA TRENDING: Bergaduh Gara-Gara Tak Puas Hati Dengan The Experts, Zhafvlog 'Bersemuka' Dengan Abang Riak! - “Kenapa Kau Bagi Filem Ni Level…

Korang dah tengok filem pilihan nombor satu di GSC, The Experts?

Kalau belum, filem tempatan pecah panggung ini masih mendominasi pawagam tanah air. Jom, tonton The Experts di pawagam berhampiran korang hari ini.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Filem

Paling Seram Dan Mendebarkan, Ini Filem-Filem Berkisarkan Dukun Yang Pernah Menghantui Penonton

gempak
18/09/2024
18:55 MYT
Tidak dinafikan filem genre seram seperti syirik menarik untuk ditonton kerana sering memaparkan babak-bakak di luar kotak.
Filem

Baik Punya Ah Long: Chew Kin Wah Syukur Ditawarkan ‘Job’ Sewaktu Pandemik - “Shoot Filem Ini Bukan Mudah..”

gempak
18/09/2024
12:25 MYT
Umum mengetahui, sewaktu pandemik, para pemain industri seni hiburan tempatan tidak kira sama ada pelakon, penyanyi, pengarah sehinggalah kru belakang tabir ‘diharamkan’ bekerja mencari rezeki.
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.
Hollywood

Drama Epik Sejarah Jepun Shogun Julang 18 Trofi Anugerah Emmy Ke-76!

gempak
16/09/2024
09:26 MYT
Drama epik sejarah Jepun, Shogun melakar rekod baharu apabila menang 18 trofi di acara berprestij Anugerah Emmy ke-76 yang berlangsung di Peacock Theater, Los Angeles, Amerika Syarikat.
Filem

Sambutan Padu, Baik Punya Ah Long Raih 1 Juta Selepas Tiga Hari Tayangan!

gempak
15/09/2024
05:55 MYT
Filem muzikal komedi, Baik Punya Ah Long membuka tirai pawagam dengan permulaan yang baik dengan meraih kutipan RM1 juta selepas tiga hari tayangan rasmi.