,
Laman Utama

Lima Bulan Berahsia, Yana Alyahya Umum Hamil Anak Lelaki - "Saya Sangat Gementar Untuk Bergelar Ibu"

Amri Hassan
02/12/2022
02:55 MYT
Lima bulan berahsia, pelakon filem Mukhsin, Yana Alyahya mengumumkan kini sedang hamil anak sulung.
Lebih manis, bayi yang dikandungnya itu sudah diketahui jantina dan Yana atau nama sebenarnya Sharifah Aryana Syed Zainal Rashdi Al-Yahya, 26, akui teruja melalui fasa-fasa baharu dalam hidupnya.
"Selepas menanti lima bulan, kami teruja untuk mengumumkan yang kami sedang menantikan kelahiran cahaya mata lelaki.
"Ia merupakan satu perjalanan yang penuh 'ups and downs' dan perjalanan kita sebagai ibu bapa jauh lagi tapi kami teruja untuk menantikan si kecil ini.
"Terima kasih kepada semua pihak yang tahu dan menyimpannya sebagai rahsia. Maafkan kami berdua sekiranya ada tersilap kata dan doakan kami berdua dimurahkan rezeki serta dipermudahkan urusan, insya-Allah.
"Saya sangat gementar untuk bergelar seorang ibu namun saya bersyukur kerana punya sistem sokongan yang kuat. Syukur juga bayi saya dalam keadaan baik dan sihat. Alhamdulillah," tulisnya dalam hantaran di Instagram baru-baru ini.
Untuk rekod Yana yang merupakan adik bongsu kepada keluarga pelakon Sharifah Aleya, Sharifah Amani dan Sharifah Aleysha itu mendirikan rumah tangga pada Januari 2021 bersama jejaka pilihan, Jad Hanif Jimmy.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Selepas Ditahan Di Wad Zon Merah, Lan Pet Pet Syukur Kembali Sihat - “Saya Tak Henti Berzikir, Dapat Keluar Malam Tu Juga"

gempak
20/09/2024
05:55 MYT
Pelawak dan pelakon, Lan Pet Pet berkongsi kisah dia terpaksa dikejarkan ke hospital apabila tiba-tiba jatuh sakit pada malam 31 Ogos lalu.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Hiburan

Daniel Leong Serius Ceburi Bidang Lakonan, Akui Loghat Sabah Sebagai Cabaran – “Saya Juga Half Chinese…”

gempak
18/09/2024
03:55 MYT
Model dan juga pempengaruh Daniel Leong kini serius dalam menceburkan diri dalam bidang lakonan.
Hiburan

Aiman Ameer Kalis Wajah Disamakan Dengan Artis Lain, Cerita Kisah Lucu Ditahan Di Road Block - "Saya Perasan Bila Ada Yang Kata ..."

gempak
18/09/2024
03:25 MYT
Pelakon meningkat naik, Aiman Ameer tampil memberi respons apabila ramai menyatakan wajahnya seiras dengan beberapa selebriti lain.
Hiburan

Beto Kusyairi Titip Nasihat Buat Pelakon Baharu Yang Idamkan Trofi Oscar - "Kita Kena Sedar Diri Kita .

gempak
17/09/2024
01:55 MYT
“Kita kena sedar diri kita,” itulah reaksi pelakon Beto Kusyairi apabila ditanyakan sama ada dirinya pernah memburu untuk memperolehi trofi Oscar.