,
Berita

Lilit Gelang Pink Dengan Kain Putih, Warga Emas Pulang Dari Sabah Ini Akhirnya...

Hanafis Haris
05/10/2020
12:25 MYT
Ketika Malaysia diasak dengan kes COVID-19 yang semakin meningkat, masih ada rupanya individu yang ingkar dengan arahan kuarantin.
Terbaru, seorang lelaki warga emas yang memakai gelang merah jambu ditahan polis kerana melanggar syarat kuarantin Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) COVID-19.
Kejadian tersebut difahamkan berlaku di Damansara Damai, semalam.
Menerusi laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, polis menerima maklumat daripada orang awam yang melihat seorang lelaki memakai gelang Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Menurut Nik Ezanee, lelaki itu pada awalnya telah berlegar di kawasan premis perniagaan dan cuba melindungi gelang dipakai menggunakan lilitan kain putih.
"Anggota kemudian terus bergegas ke lokasi tersebut dan menahan lelaki berusia 63 tahun itu.
"Semakan mendapati lelaki itu baru pulang dari Sabah dan keputusan ujian saringan Covid-19 negatif.
"Namun, dia diarahkan menjalani kuarantin di rumah bermula 28 September hingga 11 Oktober," katanya.
Tambah Nik Ezanee, polis akan membuat permohonan reman terhadap lelaki itu di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya, esok.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 15(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.
Sumber: Harian Metro
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Daniel Leong Serius Ceburi Bidang Lakonan, Akui Loghat Sabah Sebagai Cabaran – “Saya Juga Half Chinese…”

gempak
18/09/2024
03:55 MYT
Model dan juga pempengaruh Daniel Leong kini serius dalam menceburkan diri dalam bidang lakonan.
Berita

Ribut Petir, Hujan Lebat Diramal Badai Perak, Sabah & Labuan

gempak
17/09/2024
04:50 MYT
Ribut petir, hujan lebat serta angin kencang diramalkan membadai Perak, Sabah dan Labuan hingga jam 1 tengah hari ini.
Sukan

Malaysia Tuan Rumah Sukan SEA 2027!

gempak
28/08/2024
15:50 MYT
Selepas kali terakhir menganjurkan Sukan SEA pada 2017, Malaysia kembali menjadi tuan rumah untuk penganjuran temasya sukan terbesar Asia Tenggara itu bagi edisi 2027.
Berita

Mpox: “Masyarakat Juga Harus Bertindak, Tak Boleh Harapkan Kerajaan Sahaja,” - Pakar Epidemiologi

gempak
28/08/2024
11:55 MYT
Meskipun penularan Kes Mpox di Malaysia belum mencapai tahap serius, namun masyarakat Malaysia harus mengambil langkah berjaga-jaga demi keselamatan bersama.
Hiburan

"Saya Dengar Bunyi Gamelan" - Ratu Cantik 'Diusik' Kejadian Mistik Masuk Gua, Tetap Takjub Dengan Keindahan Malaysia!

gempak
27/08/2024
02:30 MYT
Ratu Cantik dan pengacara, Vivienna Alfred, 27, menyahut cabaran merasai cabaran menyusuri kegelapan, laluan berbahaya, dan keletihan menerusi rancangan Caves & Cavern.