,
Hiburan

Lil J, Alan D & Loca B Bergabung Dalam Laut!

Asraf Aided
13/07/2020
14:39 MYT
Rapper dan penulis lirik muda, Rvijay Raj atau lebih dikenali sebagai Lil J, bergabung dengan dua lagi rapper berbakat, Alan D dan Loca B menerusi lagu terbaru mereka berjudul Laut.
Diterbitkan oleh Mingaling dan Donato Beat, Laut mempunyai maksud yang berbeza buat ketiga-tiga rapper ini.
“Lautan yang terbentang luas meliputi separuh daripada dunia yang kita diami, banyak lagi perairan yang masih belum diterokai, begitu juga dengan kehidupan, masih banyak yang perlu kita tempuh,” jelas Lil J.
Menurut Alan D pula, dia menerima pelawaan daripada Lil J sendiri untuk bekerjasama menghasilkan lagu tersebut.
“Lil J menyapa saya dan Loca B jika kami ingin bekerjasama, kami pun menerima pelawaan tersebut dengan hati terbuka.
"Kami bertiga masing-masing mempunyai mesej tersendiri yang ingin disampaikan menerusi lagu ini," ujarnya.
Sementara itu, Loca B juga mempunyai tafsiran sendiri terhadap mesej yang terkandung dalam lagu berkenaan.
“Air laut ada pasang surutnya, begitu juga kehidupan, ketika masalah datang melanda kita harus tempuhinya dengan tenang dan terus pandang ke hadapan tanpa menoleh ke belakang.
"Dalam Laut, saya luahkan isi hati yang paling dalam dengan maksud yang tersirat agar pendengar dapat menyelami perasaan kami masing-masing,” tambahnya.
Laut boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari melalui penstriman di atas talian seperti Raku, Spotify, Joox dan Apple Music.
Video lirik dan muzik lagu Laut juga boleh ditonton di saluran Youtube Rocketfuel Network.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Penindasan Di Palestin Buka Mata Loca B, Ambil Keputusan Bersara Dari Dunia Seni - “Saya Nak Anak Faham Tentang Agama…”

gempak
31/05/2024
15:55 MYT
Penyanyi rap Loca B mengambil keputusan untuk mengundur diri dari dunia nyanyian disebabkan sudah tidak lagi berminat untuk berada dalam industri hiburan Malaysia.
Hiburan

Penantian 8 Tahun Berbaloi, Anak Loca B Dapat Status Warganegara Malaysia - “Tiada Lagi Lawatan Ke Kedutaan”

gempak
17/03/2024
00:55 MYT
Alhamdulillah...
Laman Utama

“Tak Sangka Malique Ada Di Studio, Saya Tergamam…!” – Ara Johari Rap Dengan Lil J Dalam Lagu Keliru

gempak
22/10/2021
04:39 MYT
Bestnya dapat jumpa legend!
Laman Utama

Anak Masih Belum Dapat Kewarganegaraan Malaysia, Loca B Terkilan - "Kita Tinggal Di Negara Mendiskriminasi Wanita"

gempak
28/09/2021
10:25 MYT
Kasihan Loca B...
Laman Utama

Power! Tuju, Loca, MK, DJ CZA Hasilkan Veto! Lagu Berunsur Motivasi Dan Beri Semangat

gempak
04/06/2021
11:15 MYT
Woot! Woot! Lagu ni best okay!