,
Laman Utama

Lewat Ke Sekolah, Cara Faizal Tahir ‘Handle’ Anak-Anak Tarik Perhatian - “Didikan Bagus, Bebelan Paling Sopan..”

Azwa Rahman
08/02/2022
04:01 MYT
Penyanyi Faizal Tahir mencuri perhatian wargamaya apabila berkongsi aktiviti hariannya menghantar anak-anak ke sekolah.
Menerusi platform TikTok, Faizal yang menghantar empat orang anaknya yang lengkap memakai uniform sekolah turut berkongsi gelagat mereka masing-masing.
Dalam perkongsian berdurasi kurang dua minit itu juga menunjukkan Faizal bergegas kerana telah terlewat menghantar anak-anaknya.
“Sorang hidung berdarah, sorang hilang kopiah, yang lagi dua orang bergaduh tak sudah. Ini barulah permulaan hari yang indah.
“Alhamdulillah, semoga segala urusan anda semua Allah bagi mudah. InsyaAllah. Yang penting jangan lambat ke sekolah. Kalau lambat, salahkan abah,” ujar Faizal di ruangan kapsyen.
@faizal_tahir
Sorang hidung berdarah, sorang hilang kopiah yg lagi dua orang bergaduh tak sudah. Ini barulah permulaan hari yang indah. Alhamdulillah ?Semoga segala urusan anda semua Allah bagi mudah. InshaAllah ☺️Ps: Yang penting jangan lambat ke sekolah. Kalau lambat salahkan abah ?♬ original sound - Faizal Tahir Di dalam perjalanan ke sekolah, pelantun lagu Sampai Syurga itu turut dilihat menegur kelakuan anak-anaknya dan menasihati mereka.
Sementara itu di ruangan komen, rata-rata wargamaya memberikan pujian terhadap cara Faizal mendidik anak-anaknya.
Ramai yang suka Faizal menegur kelakuan anak-anaknya dengan cara ‘tegas tetapi lembut’ serta penggunaan bahasa Inggeris yang ‘sedap didengar’.
“@duchess:Weh kat sekolah cikgu tanya kamu anak siapa? astu diorang jawab, bapak saya faizal tahir, cikgu. PERGHHHH.”
“@hamba abdi:Macam tengok mat saleh hantar anak pergi sekolah.”
“@shazashifaa:Alahai boleh nangis dengar orang cakap lembut gini. Didikan bagus yang dia dapat, macam tu lah dia didik anak-anak dia.”
“@Mazenah06:Sedap dengar Faizal baca doa dengan cakap orang putih. Anak ramai banyaklah ragam. Bertabahlah yer.”
“@nurul syuhada:Bapak buka pintu untuk anak its another level.”
“@IbuIzzharMalique:10 kali ulang.. Bebelan paling sopan je dengar.. Kalo kena bebel mcm ni, seribu kali pun takpe.. Tak terasa hati.. Selalu kena bebel pedih di hati.”
“@endesty:Alahai lembutnya bapaknya communicate dengan anak.. dia punya slang BI…masyaallah…teruja maksssssss!!”
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 700,000 tontonan daripada warga TikTok.
Sekadar info, Faizal Tahir dan isteri, Siti Raihanim Rohan mendirikan rumah tangga pada tahun 2001.
Pasangan tersebut dikurniakan tujuh orang anak iaitu Ahmad Mikaeel Zidane, Ahmad Rifa’ei Zidane dan Khalid Al-Walid, Siti Raudhah Nur Iman, Siti Rawdha Nur Jannah, Siti Nawar Malaikha dan seorang bayi yang baru dilahirkan pada Disember 2021.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Jangan Hidup Atas Kesusahan Orang Lain” - Idzham Ismail Pesan Ibu Bapa Kena Utamakan Tanggungjawab Pada Anak

gempak
21/11/2024
12:50 MYT
Pelakon Idzham Ismail mengingatkan setiap ibu bapa perlu meluangkan masa bersama anak-anak tanpa menyusahkan orang lain.
Hiburan

Faizal Tahir Teruja, Diundang Sebagai Artis Jemputan Konsert Siti Nurhaliza & Judika - "Ini Penghormatan Besar"

gempak
14/11/2024
21:00 MYT
Penyanyi dan penulis lagu tersohor, Faizal Tahir, akan menjadi artis jemputan bagi konsert yang dinantikan ramai, The Journey of Sound, yang menampilkan ikon muzik Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza, dan penyanyi ternama Indonesia, Judika.
Hiburan

Faizal Tahir Bakal Kembali Dengan Album Baharu, Beri Sentuhan Berbeza Untuk Peminat - " Satu Album Yang Agak Lain Dari Kebiasaan "

gempak
03/11/2024
11:55 MYT
Penyanyi, Faizal Tahir berkongsi dia bakal melancarkan album terbaharunya selepas tiga tahun tidak menghasilkan album penuh.
Viral

Tular Vape Bentuk Seperti Pen Marker & Gam Uhu Dijual Kepada Pelajar … Ibu Bapa & Guru Diminta Pantau!

gempak
04/10/2024
18:55 MYT
Tular di media sosial kini mengenai vape dikeluarkan dalam bentuk alat tulis seperti marker pen yang ditemui dalam kalangan pelajar.
Hiburan

“Janganlah Sesuka Hati Pegang Anak Orang, Minta Izin Dulu” – Erra Fazira

gempak
14/09/2024
06:55 MYT
Pelakon dan pengacara jelita, Erra Fazira meluahkan rasa kurang senang apabila timbul isu berkaitan kanak-kanak menjadi mangsa amang seksual fizikal seperti yang tular baru-baru ini.
Unitar