,
Hiburan

"Lepas Sujud Tak Boleh Bangun" - Tulang Rawan Koyak, Tempurung Lutut Fazley Yaakob Cedera

Amri Hassan
07/08/2020
04:53 MYT
Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob kini terpaksa bertongkat ekoran kecederaan pada bahagian lutut selepas melakukan aktiviti mendaki bukit minggu lalu.
Jelas Fazley, tempurung lututnya mengalami keretakan dan tulang rawan pada bahagian terbabit koyak.
"Saya tak sedar selepas empat jam hiking, apabila balik solat saya tak boleh bangun semasa sujud. Ketika itu rasa macam ada yang tak kena.
"Tetapi keesokannya saya masih berjogging sejauh 10 kilometer selama lima hari berturut-turut tanpa masalah.
"Pada hari keenam lutut saya bengkak dan isteri menyuruh saya ke hospital untuk membuat pemeriksaan.
"Ketika itu barulah saya tahu tulang rawan koyak dan depan tempurung lutut saya retak sedikit. Bermakna saya cedera tanpa saya tahu," katanya kepada Gempak.
Tambah pelantun lagu Cerita Asmara itu lagi, kecederaan terbabit normal bagi individu yang aktif bersukan dan mendaki.
"Pada rawatan pertama, doktor menyedut keluar darah pada bahagian yang cedera itu dan menggantikannya dengan gel untuk surutkan bengkak.
"Kemudiannya, saya perlu menjalani terapi sebanyak tiga kali seminggu selain rawatan inframerah dan urutan.
"Kata doktor saya tak perlu risau dan harap tiada pembedahan," kata Fazley lagi.
Fazley yang ditemui pada majlis pelancaran kempen Your Berry Best Friend bagi mempromosikan buah beri biru US Highbush Blueberry di Petaling Jaya, Selangor pada Khamis.
Pada majlis berkenaan juga, Fazley hadir bersama tongkat dan ditemani beberapa pembantu.
"Berjalan tiada masalah cuma sedikit sukar untuk naik turun tangga.
"Doktor menasihati saya untuk tidak berjogging atau bermain badminton sekurang-kurangnya tiga minggu.
"Jadi, rasa 'patah kaki' jugalah," ujarnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Fazley Yaakob Beri Sebab Kenapa Tak Hadir Konsert Imran Ajmain

gempak
04/02/2024
06:55 MYT
Penyanyi dan cef selebriti terkenal Datuk Fazley Yaakob menjelaskan dia punyai alasan tersendiri tidak dapat hadir menyaksikan konsert Malam Seribu Tahun Imran Ajmain yang berlangsung pada Jumaat dan Sabtu lalu.
Hiburan

Isteri Fazley Yaakob Dedah Tak Pernah Dapat Jemputan Konsert, Cabar Individu Bersemuka! - "Datang Jumpa Saya Kalau Berani"

gempak
27/01/2024
02:55 MYT
Isteri kepada penyanyi dan cef selebriti terkenal Datuk Fazley Yaakob, Datin Azrene Soraya Abdul Aziz mendedahkan pihaknya sekeluarga tidak menerima sebarang undangan untuk menghadiri mana-mana konsert.
Laman Utama

Mantap! Fazley & Imran Aqil Kalahkan Duta SO7, Vincent Dalam Perlawanan Badminton

gempak
18/11/2023
04:50 MYT
Tepok Bulu ‘23 antara Malaysia vs Indonesia.
Laman Utama

Bila Ada Atlet Berpihak Pada Zionis, Fazley: “Sebelum Buat Sesuatu Fikir 10 Kali”

gempak
11/11/2023
02:00 MYT
Fazley beri nasihat kepada individu yang mempunyai pengaruh di media sosial
Gegar Vaganza All Star

GV10: “Kadang-Kadang Benda Tak Ada Apa Pun…” - Jihan Tak Sangka Ayat 'Hiking' Disalah Tafsir

gempak
27/09/2023
02:56 MYT
Jangan asyik fikir negatif, just enjoy the show.