,
Hiburan

“Lepas Ni Boleh Buat Hal Masing-Masing Kalau Nak, Saya Mungkin Lumpuh…” - Isteri Sebak Dengar Luahan Hati Azlan Komeng, Mohon Doa Cepat Sembuh

Ernalisa
18/10/2024
07:55 MYT
“Baby, lepas ni kita boleh buat hal masing-masing kalau awak nak. Saya pun dah tak boleh kerja… mungkin lumpuh,” itu luahan pelakon Azlan Komeng kepada isterinya, Nur Nilam Ortiz.
Kata-kata itu diluahkan Azlan ketika isterinya membersihkan badannya yang kini masih terlantar.
Menurut Nilam, kata-kata itu memberi tamparan hebat buat dirinya yang sebelum ini pernah bergaduh besar dengan Azlan gara-gara hilang rasa percaya kepada suaminya itu.
BERITA BERKAITAN :"Ingatkan Pantulan Lampu, Tapi Lori Masuk Jalan Kami" - Azlan Komeng Cerita Detik Cemas Kemalangan, Perlu Bedah Pinggul
BERITA BERKAITAN : Cikgu Hiragi: "Bila Kau Buli Cikgu Yang Salah!" | Singgah Set

BERITA BERKAITAN : M.Nasir Tak Nak Ulas Isu Lirik Lagu 'Pinjam Seratus Nur Nilam Sari'

BERITA BERKAITAN : Gara-Gara Live Dengan Ira Kazar, Isteri Azlan Komeng Dapat Ugutan Bunuh, Simbah Asid, Langgar Lori!

Bagaimanapun kata Nilam, dia tidak sanggup meninggalkan lelaki yang sanggup berkorban nyawa untuk menyelamatkan dirinya dalam kemalangan baru-baru ini.

“Boleh gugur air mata bila terkenang saat itu, saya cakap dengan dia, saya tak menentu kalau tak ada dia. Saya juga kata dekat abang,kalau dia dah tak boleh kerja, biar saya sahaja yang kerja.

“Tak apa. Setakat tak boleh berjalan, Insya-Allah, apa sangatlah. Sebelum ini pun macam-macam rintangan kita hadapi. Takkan baru diuji begini, saya tak nak hadap.

“Saya memang tak akan dan tak boleh tinggalkan Komeng. Dengan apa yang jadi ni, saya jadi lebih sayang dekat dia… Sayang sangat-sangat,” katanya kepada Gempak.

Azlan yang juga merupakan pelakon lagak ngeri itu masih tidak boleh berjalan dankini berada di kampung halamannya di Batu Pahat.
Difahamkan dia masih memakai kain lampin pakai buang dan memerlukan kos yang sangat tinggi.
Terdahulu, Azlan dan Nilam terbabit dalam kemalangan di Kuala Lipis, Pahang apabila keretanya bertembung dengan sebuah trak polis, pada Jumaat lalu.
Disebabkan itu, Azlan berkenaan terpaksa menjalani pembedahan tangan kanan dan mengalami kecederaan lain seperti patah pada bahagian kedua-dua belah kaki serta pinggul, manakala, Nilam pula hanya mengalami cedera ringan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Terkini

“Satu Hari nanti Jika Sesuai…” - Belum Masa Untuk Buat Konsert, Dayang Nurfaizah Mahu Fokus Album

gempak
22/11/2024
09:55 MYT
Perjalanan seni penyanyi, Dayang Nurfaizah kini sudah berusia 25 tahun.
Terkini

Bakal Berlakon Walau Berkerusi Roda, Azlan Komeng Terharu Masih Terima Tawaran - "Rezeki Disusun Cantik Sangat"

gempak
21/11/2024
07:55 MYT
Pelakon Azlan Komeng bersyukur masih ada rakan industri yang sanggup menawarkan kerja kepadanya meskipun dalam keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan.
Hiburan

Hati Azlan Komeng Hancur Disebabkan Nilam ...

gempak
16/11/2024
10:25 MYT
Pelakon, Azlan Komeng akui sedih melihat beban yang harus ditanggung isterinya, Nur Nilam untuk menyara pendapatan keluarga.
Hiburan

Azlan Komeng Sedang Sesuaikan Diri Masuk 'Alam Baharu’ - “Kalau Dulu Saya Boleh Berjalan, Berlari Tapi Sekarang…”

gempak
15/11/2024
07:55 MYT
Pelakon Azlan Komeng sedang menyesuaikan diri menjalani kehidupan yang baharu disebabkan dirinya hanya terbaring di atas katil berbanding sebelum ini dilihat agresif ke sana sini.
Hiburan

Misha Omar Tak Muncul Di SFMM39, Vanessa Reynauld Nyanyi Lagu ‘Masihkah Ada Rasa Itu’ Dapat Pujian

gempak
15/11/2024
02:25 MYT
Kemunculan penyanyi Vanessa Reynauld mendendangkan lagu Masihkah Ada Rasa Itu nyanyian asal Misha Omar menimbulkan pertanyaan dalam kalangan penonton terutama peminat penyanyi wanita itu.
Unitar