,
Laman Utama

Lepas Lagu Cute Cetus Fenomena, Loca B & Harith Zazman Undang Nabila Razali Dalam ‘Cute Nabila Razali Remix’

Fiza Kamarudin
24/08/2020
10:17 MYT
Selepas lagu Cute mencipta fenomena, Harith Zazman bersama kumpulan MFMF., dan rapper LOCA B, mengundang Nabila Razali untuk berkolaborasi menghasilkan versi remix yang diberi judul ‘Cute: Nabila Razali Remix’.
Sekiranya lagu ‘Cute: Stop Lah Being So Cute’ dinyanyikan daripada perspektif lelaki, kali ini ‘Cute: Nabila Razali Remix’ diberikan nafas baharu apabila lirik diolah semula menggambarkan subjek dilamun cinta dari perspektif wanita.
Keistimewaan lagu ini bukan sahaja pada kemunculan Nabila Razali yang menambah lagi seri lagu ini tetapi fokus yang diberi kepada Nabila Razali dan LOCA B dalam menerajui lagu ini menjadikan lagu ini lebih bersifat feminin. Baharu sahaja dilancarkan pada 14 Ogos yang lalu, video muzik rasmi “Cute: Nabila Razali Remix’ yang diarahkan oleh Harith Zazman sendiri berjaya menjana hampir 1 juta tontonan.
Mengulas tentang penglibatan Nabila dalam versi remix ini, Brendan Lim bagi pihak kumpulan MFMF. yang juga penerbit rakaman berkata, mereka berbesar hati penyanyi tersebut sudi terlibat dalam projek berkenaan.
“Kami amat berbesar hati kerana Nabila sudi terlibat dalam projek ini. Sebagai penyanyi dan juga pelakon yang berpengalaman, Nabila memberi nilai tambah kepada lagu ini.
“Bekerjasama dengan Nabila merupakan suatu pengalaman yang unik dan tidak dapat dilupakan,” katanya. ‘Cute: Nabila Razali Remix’ boleh didapati di platform digital seperti Spotify, Apple Music, iTunes, JOOX, KKBox dan juga Deezer.
Manakala video muzik rasmi lagu ini boleh ditonton di saluran YouTube Harith Zazman.
Lagu ‘Cute: Stop Lah Being So Cute’ mula mencuri tumpuan selepas Harith membuat hantaran video di TikTok.
Berbekalkan melodi dan lirik yang ‘catchy’ serta nyanyian bersahaja Harith, hantaran klip video tersebut telah ditonton lebih 1.5 juta kali di aplikasi tersebut.
Malah klip lagu nyanyiannya itu turut digunakan oleh selebriti seperti Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Nora Danish, Fattah Amin, Zulin Aziz, Alvin Chong dan Saharul Ridzwan sebagai muzik latar video TikTok.
Video rasmi lagu tersebut turut berada di kedudukan pertama carta trending di YouTube dan menjana lebih 2.3 juta tontonan dalam tempoh seminggu. Sehingga kini, selepas hampir dua bulan berlalu muzik video ‘Cute: Stop Lah Being So Cute’ sudah mencapai lebih 7.5 juta tontonan.
Lagu ciptaan bersama Harith, MFMF. dan LOCA B ini diterbitkan oleh MFMF Productions dan Faithful Music dengan kerjasama Universal Music Malaysia sebagai pengedar.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

“Siapa Je Tak Nangis Tengok Wanita Yang Disayangi Kesakitan”- Penyanyi ‘Stop Lah Being So Cute’ Dah Jadi Bapa, Timang Anak Pertama!

gempak
21/05/2022
03:17 MYT
Alahai cute lah reaksi Harith ni
Laman Utama

Sebelum Ni Cute (Stop Lah Being So Cute)...Terbaru, Harith Zazman Bawa Isteri Jadi Alien Couple Pula!

gempak
12/11/2021
11:11 MYT
Memang kreatif Harith Zazman ni...
Laman Utama

“Siapa Artis Henna? Burok! Henna Pasar Malam Lagi Kemas!” - Kutuk Inai Isteri Harith Zazman, Wanita Ini Dikecam Netizen

gempak
30/08/2021
08:49 MYT
Cantik dah ni.
Laman Utama

“Terkejutlah Bangun Pagi Ada Orang Dekat Sebelah” - Penyanyi Lagu Cute Tamat Zaman Bujang, Bikin Ramai Netizen Jeles!

gempak
29/08/2021
06:38 MYT
Tahniah Harith! Korang memang CUTE!
Laman Utama

Rancang Kahwin Tahun Ini, Harith Zazman Mahu Tuntut Ilmu Dengan Bapa Sendiri Dahulu!

gempak
19/03/2021
02:50 MYT
Penyanyi yang popular dengan lagu Cute, Harith Zazman merancang untuk berkahwin dalam tahun ini.