gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
‘Mak Cik Bawang’ Sibuk Tegur Warna Kulit Intan Najuwa, Ini Respons Tuan Badan - “Saya Memang Bukan Wanita…”
BOLLYWOOD
Shah Rukh Khan Cedera Sewaktu Penggambaran, Jalani Rawatan Di Amerika Syarikat
HIBURAN
Enggan Gugurkan Anak Luar Nikah, Erika Carlina: “Saya Tak Nak Bunuh Anak Ini”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

VIRAL

Lepas Kantoi Berpeluk Di Konsert Coldplay, CEO & Kekasih Gelap Digantung Kerja

Maliah Surip
Maliah Surip
20/07/2025
06:55 MYT
Sponsor Banner
Lepas Kantoi Berpeluk Di Konsert Coldplay, CEO & Kekasih Gelap Digantung Kerja
Ketua Pegawai Eksekutif syarikat teknologi Amerika Syarikat (AS), Andy Byron yang menjadi popular secara tiba-tiba telah digantung tugas selepas satu video yang menunjukkan beliau berpelukan dengan seorang wanita semasa konsert Coldplay di Boston menjadi tular.
Tidak hanya Byron, wanita yang menjadi kekasih gelapnya, Kristin Cabot, Ketua Pegawai Sumber Manusia syarikat yang sama, Astronomer juga telah digantung kerja selepas insiden yang mencetuskan spekulasi hangat di media sosial.
Sumber dalaman memaklumkan bahawa Byron dan Cabot telah digantung tugas, sementara Ketua Produk Pete DeJoy dilantik sebagai CEO interim, lapor BBC.
Astronomer juga menegaskan Byron tidak pernah mengeluarkan kenyataan berhubung insiden tersebut seperti yang tular di media sosial. Kenyataan palsu Byron tersebar pada Khamis.
Pada 16 Julai lalu, aksi Byron sedang asyik memeluk Cabot telah dirakam secara tidak sengaja oleh kamera dalam segmen Kiss Camm di konsert Coldplay yang berlangsung di Stadium Gillette di Massachusetts, awal minggu ini.
Pasangan itu dilihat cuba menyembunyikan diri selepas aksi mereka terpampang jelas.
Vokalis Chris Martin malah sempat mengusik pasangan tersebut dengan mengatakan: “Sama ada mereka sedang menjalin hubungan terlarang atau hanya terlalu malu.”
Topic Berkaitan
#Viral
#Peluk
#CEO
#Kantoi
#Kerja
#Coldplay
#Gantung
#Astronomer
#Andy Byron
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement